TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Rabu, 21 Februari 2018

DIKALA HADI SIBUK NAK SERANG PERMATANG PAUH, TUN M AKAN GEMPUR PEKAN HUJUNG BULAN INI


PEKAN, adalah satu2nya kawasan yang jarang diusik oleh Pembangkang. Ini kawasan kubu kuat PM, Najib yang mana kawasan ini telah di'pagar' serapi2nya agar Pembangkang tidak boleh masuk ke sini. Namun, belum tercatat sejarah di Pekan, Umno/Bn menang tidak bertanding di situ.

Aku teringat sebelum PRU13 yang lalu, Pekan pernah digempur oleh Anwar di dalam jelajahnya ke Pahang. Di dalam programnya, di dalam satu hari ada tiga program Anwar di Pahang bermula di Lanchang di sebelah petang, kemudiannya bergegas ke Taman Seri Mahkota Jaya, Bt 11, Paya Besar , Kuantan untuk berceramah di mana sekitar 7 Ribu memenuhi padang taman tersebut. Selepas berceramah di situ, beliau telah bergegas ke kawasan Pekan pula untuk ceramah terakhirnya. Aku waktu itu terlibat sebagai anggota keselamatan mengiringi kenderaan beliau untuk ke Pekan.
 


Ceramah di Pekan diadakan di Markas PAS, Kg.Mengkasar berhampiran dengan pintu masuk utama ke bandar Pekan. Akibat kesesakan jalan yang teruk, di mana terdapatnya sekatan jalanraya yang diadakan, Anwar terpaksa menaiki motosikal orang ramai yang lalu lalang di situ untuk sampai ke tempat ceramah. Beliau sempat berceramah selama satu jam sebelum pihak polis mengarahkan acara ditamatkan sekitar jam 12.00 malam. Sokongan rakyat di Pekan juga sungguh menakjubkan serta dilaporkan sekitar 5,000 orang telah hadir mengikuti ceramah tokoh reformasi ini.

Ertinya, kita tetap menggempur Pekan dan tidak akan membiarkan Najib bernafas lega di situ walaupun terdapat perkampungan Kemboja diwujudkan di Pekan selain dari pengundi2 pos/awal di Pengkalan Tentera Kem Batu 10 (Tentera Darat) dan Kem Batu 9 (TUDM) yang banyak membantu kemenangan Umno/Bn. Kita masih ingat, Najib hampir tewas di Pekan suatu ketika dahulu dengan memperolehi majoriti begitu tipis, itu pun dengan bantuan undi pos.

PRU14 kali ini, Najib juga tidak boleh menarik nafas lega setelah memenjarakan Anwar di Sg Buluh. Perancangan Najib tidak boleh mengatasi perancangan Allah. Ditakdirkan, Anwar masuk penjara, Tun M pula keluar dari Umno/Bn dan menyertai gerakan Pakatan Harapan yang membawa obor2 perjuangan dan semangat reformasi yang dicetuskan oleh Anwar sejak tahun 1998.

Di dalam usia mencecah ke 93 tahun, mantan PM selama 22 tahun dan mantan Presiden Umno, Tun M mungkin tidak secergas Anwar untuk bergerak pantas 3, 4 program serentak di dalam satu hari. Namun, Tun M di dalam keadaan usia dan kesihatannya yang sering terganggu sanggup turun ke merata2 kawasan demi memastikan Najib, Umno/Bn terkubur di dalam PRU14 akan datang. Bakal PM ke 7 itu tidak pernah melupakan Pekan jauh sekali untuk takut menggempur Pekan.

Di dalam Jelajah Pimpinan PH ke Negeri Pahang, kawasan yang telah dikenalpasti untuk digempur oleh Tun M bersama panglima2ya yang lain iaitu, Kak Wan, Mat Sabu serta Guan Eng adalah di sebuah kawasan felda di Dun Chini, Pekan. InsyaAllah, penghujung bulan ini sekiranya keadaan kesihatan Tun M mengizinkan, beliau akan turun ke Pekan. Tarikh serta lokasi yang tepat akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Sehubungan itu, ayuh semua warga Pekan terutamanya, warga felda khususnya dan semua rakyat Pahang kita berkumpul beramai2 untuk mengikuti apa yang akan diperkatakan oleh Tun M di hadapan 'pintu rumah' Najib. Apakah akan ada gangguan atau sekatan terhadap program ini nanti? Adakah Najib berani menyaksikan demokrasi diamalkan secara sihat di kawasannya? Sama2 kita nantikan.

Khamis, 15 Februari 2018

SEJAK ZAMAN NABI BELANJA DUIT 1MDB TAK HABIS?

KITA TUNGGU APA LAGI BILA HAK KITA DIROMPAK?

Semua orang tahu, jumlah duit yg masuk dlm akaun MO1 yg kononnya didermakan oleh ARAB (Aku rompak Anda Bayar) itu adalah sebanyak RM 2. 6 Bilion. Cuma, ramai yg tak tahu dan tak boleh bayangkan berapa banyak duit RM 2.6 Bilion?

Untuk memudahkan kita bayangkan banyak atau tidak duit sejumlah itu, saya kongsikan seperti yg selalu disebut oleh MP Shah Alam, YB Khalid Samad, beliau ibaratkan;

Sekiranya kita menyimpan duit sejumlah RM 2.6 Bilion itu di satu tempat, maka setiap hari kita belanjakan sebanyak RM 5 Ribu, hari ini kita belanja RM 5 Ribu, esok pun kita belanja RM 5 Ribu, lusa pun kita belanja sebanyak RM 5 Ribu, dan begitulah seterusnya, tempuh masa untuk menghabiskan duit sebanyak RM 2.6 Bilion itu adalah selama 1, 424 tahun. Ertinya dari zaman Nabi sampai hari ini pun tidak habis lagi.

Perompak MO1 ini senang lenang dgn anak bini, anak tirinya. Rakyat tanggung GST. Warga felda semakin susah dan menanggung hutang.

Kita tunggu apa lagi???
 
FB WFauzdin NS

Rabu, 14 Februari 2018

TOK USIN ULAS PASAL BAI'AH TALAK TIGA



MARTABAT MUSLIMAT PARTI TOK KINI TELAH JATUH ?

Petang semlm tok pergi ke rumah guru tok untuk bersembang2 pasal Hudud. Sampai je dirumahnya, tok dengar bunyi bising kat dapor. Tok intai kat tingkap, tengok2 bini tua guru tok tgh berjoget2 keliling meja makan sambil berkemban.

"Woiiitt....wat mende tu??' Tok jerit celah tingkat.

Cepat2 dia berhenti joget, dan masuk bilik kjap, kmudian keluar dgn bertelekung.

"Mung ni Using, tak gheti beri salang ke? Intai2 umoh orang...berdose tau...Mung nak mende?" Tanya bini tua guru tok sambil buka pintu dapor.

" Ayoh Chik mane? ". Soal tok.

"Biase le....candat sotong..". Jawab bini tua guru tok.

"Huhh alooh...lupa ambe. Errr...nape nampak suka sangat...joget2 terliuk2 macam ular mengawan ?". Tanya tok.

"Mesti la bang Using...mung tengok berite ni...parti kite doh tak maing doh bai'ah cerai talak tiga ni....ambe rase bersyukur bebenar...takde le risau sangat..". Jawab bini guru tok.

"Ertinya, kaum wanita telah dijatuhkan martabatnya. Awak suka ke? Bukankah dulu Ayoh Chik kata Bai'ah talak tiga ni menaikkan matabat kaum muslimat?". Tanya tok.

"Menaikkan martabat wanita mende sampai cerai2..menaikkan k*te dia ada la....". Jawab rengkas bini tua guru tok sambil terus menutup pintu. Tok terpaku depan pintu dan kemudiannya melangkah pulang sambil terbayang2 dia berjoget berkemban tadi...teeheheeeee..

Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Selasa, 13 Februari 2018

UNDI PARTI LEBAI ADALAH MEMBAZIR

LEBAI kata boikot mengundi atau tidak mengundi tu HARAM hukumnya. Lebai juga kata HARAM undi Dap kerana DAP lawan Islam. Undi parti lebai adalah WAJIB kerana katanya parti lebai saja yg mahu kpd Islam.

Meh kita buat kira2 bodo sikit.

Di Semenanjung, Kerusi Parlimen ada 165 Kerusi. Parti lebai dah umum hanya akan bertanding 130 Kerusi Parlimen sahaja dan sasar 40 Kerusi Parlimen. Ertinya, baki 35 Kerusi itu parti lebai tidak bertanding.

Di kawasan 35 lagi Kerusi yg parti lebai tidak bertanding itu, bagaimana waaun2 mahu mengundi? Tak mengundi HARAM pulak. Mahu undi parti lain selain parti lebai pun HARAM. Nak ambil pahala undi parti lebai tak dapat sebab parti lebai tidak bertanding di kawasan2 tersebut. Siapa mahu tanggung dosa tu gamaknya?

Apabila awal2 lagi dah sasar 40 Kerusi saja, ertinya awal2 lagi sudah ada nawaitu tidak mahu jadi kerajaan. Apabila ada niat tidak mahu jadi kerajaan, maka sudah pasti sudah ada niat tidak mahu buat Hudud kerana hanya kerajaan yg memerintah sahaja boleh buat Hudud. Bukankah Islam pada lebai ni hanya hudud saja?

Mengundi parti yg awal2 lagi sudah tidak mahu jadi kerajaan, tidakkah hukumnya HARAM juga kerana buat kerja membazir? Membazir itu haram.

Isnin, 12 Februari 2018

APABILA HADI BAWA PESAN ORANG MATI


Hadi Awang telah menyatakan bahawa Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan kpd beliau bahawa 'perlu berwaspada dengan Dap" ertikata lain Hadi mahu nyatakan kononnya Almarhum juga tidak berkenan dengan Dap. Malangnya, Almarhum sudah tiada untuk mengesahkannya.

Sama juga, Nik Beduh pernah menyebut bahawa bapanya Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah berpesan agar berbaik2 dengan Umno. Malangnya, Almarhum juga telah tiada untuk mengesahkan apa yg dimaksudkan 'berbaik2' itu. Yang pasti sewaktu hayat Almarhum ada program Solat Hajat dan doa "K.O Umno" di Kota Bharu. Apakah itu maksud 'berbaik2" ?

Semua tahu kehebatan tokoh politik dan Ulamak tersohor, Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Beliau disegani seluruh kaum dan agama kerana akhlaknya. Beliau pernah tegur Anwar secara terbuka tentang apa yg beliau rasakan tidak betul, bahkan beliau pernah tegur Hadi, Us Nasa, Hassan Ali, Tok Pa juga secara terbuka apabila melihat waktu itu ada kecenderongan mereka ini kpd Umno. Begitu juga, beliau secara terbuka menegur Dap dalam beberapa perkara. Itulah beliau.

Kita tidak mungkin lupa, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengunjung Pengerusi DAP, Mendiang Karpal Singh di kediaman beliau semperna lawatan ke Pulau Pinang. Tuan Guru diraikan dengan Majlis memotong kek semperna Harijadi yang ke 82 di rumah Karpal. Bukankah sebelum itu Karpal menyebut " Langkah mayat saya dulu jika mahu Hudud dilaksanakan di Kelantan"?. Namun, di dalam Konvensyen PR beberapa tahun selepas itu Karpal menarik balik kata2 tersebut di hadapan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Waktu Tun M masih hidup, mereka ungkit kisah2 buruk Tun M kerana Tun M tidak isi borang jadi ahli Pas. Tokoh yang telah meninggal dunia pun, mereka mahu bawa cerita untuk burukkan musuh politik mereka. Mengapa tiada kisah kezaliman Najib lagi?

Jumaat, 2 Februari 2018

APABILA OLAMAK PERINTAH, NESCAYA REZEKI HUTANG BERTAMBAH



Tok sempat hadir program MB Serambi Mekah dengan Najib kelmarin. Siapa tak bangga olamak tok dapat sekali lagi berada sepentas dengan Ulil Amri Najib dan juga semua pimpinan Amno di Serambi Mekah? Itu rezeki Allah kuniakan kpd olamak tok dan rakyat Serambi Mekah.

Kita tak perlu UG. Kalau tanpa UG pun kita boleh bersedondon mcm guru tok dulu, dan boleh sekapal macam Ostat Tuan Berahim dulu dan kini boleh berdiri sama tinggi dengan Ulil Amri kita, perlu apanya mahu UG lagi? Tanpa UG pun, rakyat Serambi Mekah diberi pinjam duit (hutang) untuk bayar gaji korang semua kakitangan kerajaan negeri. Bayangkan kalau Ulil Amri Najib tak beri duit pinjam, korang nak makan apa? Sanggup makan budu sama nasi je hari2?


Sewaktu Ulil Amri Najib umumkan depan khalayak ramai dan depan ahli2 Amno iaitu Najib mahu kasi pinjam duit kat olamak tok, kelihatan olamak tok tunduk macam laki kena marah dek bini. Bukan malu, tapi zuhud dan bersyukur.

Bertuahnya rakyat Serambi Mekah kerana dapat pinjam duit dari Ulil Amri. Itulah berkatnya olamak memerintah, rezeki ada di mana2. Dengan duit hutang itu, kita boleh bayar gaji kamu semua. Bonus yg baru2 ini pun dari duit hutang. Daripada meminjam duit dari Dap kapir harbi itu, lebih baik pinjam dari Ulil Amri Najib. Yang penting kita dapat berhutang !!

Apabila olamak memerintah, nescaya rezeki hutang bertambah dan negeri kita kekal paling tinggi hutang. Takbir !!
 
FB Tok Usin UG Ceroi

Selasa, 23 Januari 2018

KEADILAN TIDAK BERSEDIA UNTUK TAWAN PAHANG BERSENDIRIAN SEBALIKNYA KAMI BERSAMA PAKATAN HARAPAN



BARU-BARU ini saya membaca kenyataan pemimpin Pas Pahang yang menyebut bahawa parti suci itu akan menawan Pahang, dan sudah tentunya akan melaksanakan hudud atau paling kurang RUU Akta 355 di Pahang bagi membuktikan itulah pemerintahan Islam di seluruh negeri ini termasuk di puncak Genting Highland.

Tahniah, itulah dia parti politik yang mesti ada cita-cita kalaupun tidak angan-angan. Hadi Awang ada cita-cita mahu menjadi PM dengan 40 Kerusi Parlimen dan Nik Amar pula beriman bahawa tanpa Kerusi sekalipun kalau Allah mahu Pas memerintah, siapa boleh halang? Janji mengandung dulu. Begitu jugalah dengan Rosli Jabar, PJ Pas Pahang yang juga tidak mahu ketinggalan untuk berangan-angan menawan Pahang. Tidak salah berangan-angan, tidak jatuh kapir walaupun orang lihat kelakar.

Saya selaku orang Keadilan tidak berani berangan-angan begitu. Keadilan ada cermin dan kami selalu melihat batang tubuh kami dicermin. Kami suka berpakaian dengan saiz pakaian yang secucuk dengan kami. Keadilan tidak mampu bahkan mustahil untuk memerintah Pahang kalau hanya bersendirian. Di dalam sejarah Parti Keadilan, kami tidak pernah bertanding bersendirian. Kami juga tidak pernah mentadbir mana-mana negeri bersendirian.

Pahang adalah salah satu negeri yang diamanah kepada Keadilan sebagai pemimpin sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan rejim Umno/Bn serta sekutunya Pas di Pahang. Ini bermakna, pemimpin dari Keadilan hanya dipilih sebagai MB Pahang tetapi yang mentadbir negeri ini nanti, InsyaAllah, adalah kerajaan Pakatan Harapan. Agihan Kerusi di Pahang boleh dikatakan hampir selesai, saya difahamkan hanya sekitar satu atau dua Kerusi sahaja yang sedang dalam pertimbangan parti manakah di antara kami dalam Pakatan Harapan yang memiliki senjata ampuh untuk menumbangkan calon Umno/Bn dan sekutunya Pas. Setiap satu Kerusi di seluruh negeri ini adalah 'mutiara' bagi kami.

Siapa calon MB dari Pakatan Harapan jika Allah izinkan kami merampas negeri Tok Gajah ini? Kami telah ada calonnya. Mentadbir dan mengurus negeri sebesar Pahang ini bukan semudah mengurus pondok pengajian. Terpulanglah kepada kepimpinan Pakatan Harapan Pahang samada untuk mengumumkan calon MB Pahang pada Konvensyen Pakatan Harapan Pahang pada Sabtu (27 Januari 2018) ini nanti. Manifesto Pakatan Harapan Negeri Pahang juga telah siap dan bila-bila masa sahaja akan diumumkan.

Apa yang pasti, seluruh peringkat rakyat Negeri Pahang akan menikmati kesejahteraan daripada manifesto yang kami tawarkan. Golongan petani, nelayan, warga felda, kakitangan awam, pesara tentera dan polis, orang Asal, penghuni di bandar dan luar bandar, semua golongan yang menjadi rakyat negeri ini tetap menjadi keutamaan kami. Kami tidak suka berangan-angan tetapi kami selalu impikan Pahang menjadi sekurang-kurangnya seperti negeri Selangor sekarang. Kalau Pas Pahang mahu menjadikan Kelantan sebagai model negeri yang mahu diikutinya, kami tawarkan model Selangor sebagai alternatif kepada rakyat Pahang.

Sesiapa yang pernah hadir menyaksikan persidangan Dun Negeri Pahang, sudah pasti dapat melihat prestasi kesemua Wakil-Wakil Rakyat kami berhujah dan memberikan pandangan di dalam Dun. Pendek kata, kami tidak menjadi 'pasu bunga' atau hanya 'berkecuali' sahaja apabila Dun menyentuh isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negeri.

Semua tahu, Pahang adalah negeri tertinggi memiliki hutang dengan kerajaan Pusat. Hutang negeri Kelantan pun tidak jauh bezanya dengan Pahang walaupun dikatakan Ulamak yang memimpin. Namun, Selangor dan P.Pinang adalah dua negeri Pakatan Harapan yang berada di kedudukan tertinggi negeri paling kurang berhutang walaupun tidak dipimpin oleh Ulamak. Pakatan Harapan Pahang mahu menjadikan kedua-dua negeri ini contoh terbaik sekiranya kami berjaya membentuk kerajaan negeri.

Kami yakin, Pakatan Harapan mampu memerintah negeri ini kerana sudah terlalu lama rakyat Pahang menderita angkara pentadbiran negeri yang lemah ditambah pula dengan tekanan dari kerajaan Pusat yang mengenakan Cukai GST yang menyenakkan perut rakyat Pahang. Pahang negeri terbesar di Semenanjung, kaya dengan hasil laut dan bumi, maka sewajarnya rakyat Pahang boleh menikmati kesejahteraan dan keselesaan melebihi dari rakyat Selangor.

Sehubungan itu, kami menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini agar memilih Pakatan Harapan untuk mentadbir Pahang selepas PRU14 akan datang. Cukuplah tempuh yang kita berikan kepada Umno/Bn untuk menerajui negeri ini. Tidak sanggup lagi rasanya kita melihat satu persatu yang mereka lakukan bermula dengan Lynas, Bauksit dan kini terbinanya 'Tembuk Besar China" di bumi Tok Gajah tercinta ini.

Sabtu, 20 Januari 2018

MARI TONTON LEBAI BANGANG NI JUAL AGAMA !!

Apa penjual agama ini kata?

1. HARAM hukumnya undi Pakatan Harapan atas sebab ada DAP.

Seolah2 parti lebai tak pernah bersama Dap. Mungkin dia kata, dulu lain, sekarang lain, sepatutnya beliau kena huraikan kenapa dulu Dap itu HALAL buat lebai dan sekarang ini HARAM pula? Adakah dulu Dap sokong Hudud dan sekarang tidak? Beliau tak sebut pun sebab beliau bangang, maka beliau terus keluar hukum HARAM. Kepala bapak dia. Kalau HARAM sokong PH kerana adanya DAP, apa pula hukumnya Exco lebai berada dalam kerajaan Selangor yang terdapat di dalamnya juga Exco dan Wakil Rakyat DAP? Tidakkah itu bersubahat dan bersekongkol dgn DAP? Sokong pun tidak boleh, apatah lagi membentuk kerajaan bersama. Apakah kerana gaji Exco itu besar, maka lebai2 tak kisah mentekedarah duit HARAM?

2. Kalau PH menang di Putrajaya, DAP tetap jadi ketua kerana walaupun Kerusi DAP kurang tetapi jumlah kesemuanya termasuk di Sabah dan Sarawak Dap akan menang. PPBM kalah semua.

Menambahkan lagi bukti memang lebai ini bangang. Bukankah parti lebai sendiri kata partinya akan meletakkan calon2 bukan Melayu bertanding di Kerusi2 Dap dan yakin bahawa mampu tewaskan Dap? Sekarang ini, lebai kata kesemua Kerusi Dap pasti dimenangi oleh Dap. Mana satu betul? Beliau sebut, Dap akan dapat 54 Kerusi termasuk Sabah dan Sarawak yg Dap menang semua, sedangkan Kerusi PPBM hanya ada 52 Kerusi saja. Lebai ni kata jelas DAP lebih banyak Kerusi. Hebat lebai ni boleh tahu semua Kerusi DAP akan menang dan semua Kerusi PPBM akan kalah.

Lebai ni lupa bahawa dlm PH ada parti Keadilan yang majoriti bertanding di 51 Kerusi Parlimen (tidak termasuk Sabah dan SWak) adalah Melayu Islam, dan Amanah walaupun hanya 27 Kerusi (Tidak termasuk di Sabah dan SWak) tetapi Amanah akan diwakili oleh calon Melayu Islam. PPBM meskipun hanya bertanding 52 Kerusi di Semenanjung, tetapi kesemua Kerusinya adalah calon Melayu Islam.

Keadilan akan dapat lebih dari 51 Kerusi Parlimen, dan Amanah juga akan dapat lebih dari 27 Kerusi Parlimen apabila kedua2 parti ini bertanding di Sabah dan SWak. Maka, dalam PH nanti Kerusi2 Parlimen tetap dikuasai oleh Melayu Islam termasuk calon2 Melayu Islam dari DAP juga. Itu belum dikira Parti WARISAN yg walaupun tidak bersama PH, tetapi parti itu telah menyatakan sokongan kpd PH. Parti WARISAN yg diketuai oleh Shafie Apdal mempunyai ramai calon2 Melayu atau Bumiputera Islam juga. Yang ini lebai tak nampak sebab dia memang bodoh.

Siapakah lebai bangang ini?

Beliau adalah lebai yang menyatakan di P.Pinang tidak boleh Azan. Lebai kaki fitnah. Bila Dap ugut nak saman, terus telor kecut dalam jubah dan mohon maaf. Lebai ini juga dulu yg mengeluarkan hukum jika Kak Wan tidak sokong RUU Akta 355, Kak Wan akan masuk Jirat. Mana RUU Akta 355 sekarang? Kalau tak sokong RUU Akta 355 boleh masuk Jirat, apa pula hukumnya orang yg bawa usul RUU Akta 355 itu sendiri ponteng Parlimen, dan lebai2 dalam Parlimen jadi tikus berdiam diri apabila Speaker menangguhkan perbahasan RUU Akta 355 berkali2? Masuk Jirat ke atau dibakar terus? Lebai ini juga mengeluarkan hukum tidak salah memilih pemimpin yg zalim asalkan Islam.

Ustaz Ridzwan Abu Bakar dari Amanah telah mencabar lebai bodoh ini berdebat dalam isu ini. Bagi aku, kalau inilah standard yang ada pada kepala hotak lebai ini, tak payah Ustaz Ridzwan, aku pun boleh berdepan dengan beliau walaupun dia lebih baik bacaan Al Fatihahnya dari aku.

Tonton di sini ---->  
  
https://www.facebook.com/aris.awang.1/videos/1798485106862850/

Rabu, 17 Januari 2018

BOIKOT PRU - ISUNYA BUKAN TUN M, TAPI DENDAM KESUMAT !!

ISU Boikot dan Protes PRU14 kononnya sbb lantik Tun M jadi PM. Korang percaya ke alasan puak2 tu?

Sesiapa yg rajin follow gerak geri mereka boleh nampak jelas. Waktu Tun M dlm Umno lagi tetapi Tun M hentam Najib, apabila kita sama2 hentam Najib, puak2 mereka asyik hentam Tun M waktu itu. Lebih banyak mereka hentam Tun M daripada hentam Najib dan Umno. Mereka nak Tun M duduk diam2, jgn ubah perangai dan kalau boleh Tun M mati dlm menyokong Najib dan Umno. Biar mereka je lawan Umno, kononnya.

Waktu tu Tun M tak tubuh parti pun lagi. Lepas tu, puak2 ni cari mangsa lain pulak. Mereka hentam Azmin pulak, kononnya Azmin ini anak didik Tun M. Kononnya Tun M mahu Azmin jadi PM. Betul ke Tun M mahu Azmin jadi PM? Sekarang siapa akan jadi PM?

Tidak cukup dengan Azmin. Puak2 tu hentam Rafizi sebabnya hanya satu kerana Rafizi tak ikut cara dia iaitu wajib hentam Azmin hari2. Dia nak Rafizi ikut cara dia, celik je mata mesti belasah Azmin. Tapi Rafizi bukan sebodoh itu. Tugas Rafizi lawan Najib, Umno/Bn. Masa tu Tun M tak join pun lagi PH.

Eh, Kak Wan pun mereka perlekehkan. Nenek tua dengan kipas dan macam2 lagi la mereka persendakan Kak wan. Sebabnya pun sama juga kerana kononnya Kak wan tak berani bertindak terhadap Azmin. Semuanya kerana Azmin, dendam peribadi yg mungkin akan dibawa sampai ke mati. Habis diheret anak2 buah dia agar ikut otak dia iaitu mesti anti azmin. Sesiapa yg tak hentam Azmin, pasti dia belasah orang itu. Sebab itu Rafizi pun kena. Tapi mereka silap, Rafizi ni bijak, tak layan pun balaci murahan seperti itu.

Maka tak pelik satu persatu budak2 dia lari, dan ramai yg menyepikan diri. Tinggal yg tegar keliling dia hanya yg wala' dan tukang like status dia sesama sendiri. Orang kuat dan orang kanan dia pun dah lari lama dah, kini jadi orang kuat Rafizi pulak.

Sampai la ke kemuncaknya bila Tun M bersama PH. Lagi meroyan la dia. Ini membawa erti propaganda dia selama ini gagal samasekali. Propaganda dia yg menyatakan Azmin bawa Tun M untuk bersama PH adalah kerana Tun M akan angkat Azmin jadi PM, ternyata jauh tersasar. Oleh kerana dendam pada Azmin, marah pada Tun M, maka buat propaganda kaitkan mereka. Malangnya tak ramai yg bodoh mahu percaya.

Tun M tiba2 diangkat jadi bakal PM bagi PH. Hampir nak gila dia memikirkannya. Maruah dia jatuh teruk dan Tun M senyum kat dia. Tepatlah kata Tun M, dia ibarat 'kucing kurap". Sekarang ini, sesiapa saja yg sokong keputusan PH, dia akan hentam. Sampaikan kpd kumpulan yg takde parti seperti Jebonesta diketuai oleh Abe Awang Malaya tu pun dia nak buat musuh hanya kerana geng2 ini sokong PH. Pelik tak?

Tahap emosi dia sudah tidak terkawal lagi. Semua yg dia rancang gagal dan memalukan diri. Akhirnya dia istihar, sokong PH atau Bn sama seperti buat pilihan antara "Khinzir dan babi". Itu je lah modal dan hujah dia. Maka, elok boikot PRU14, katanya, tak pun mari kita buat kerja bodoh, beratur panjang2 kemudian buat protes undi rosak. Untung2 Umno/Bn menang, Tun M tak boleh jadi PM dan Azmin tak boleh jadi MB lagi dan aku boleh ternak ayam kampung semula !!!

Ahad, 14 Januari 2018

ANWAR CEDERAKAN, TUN M "BUNUH"

Semua keris boleh membunuh. Keris panjang atau pendek, keris banyak lok atau keris lurus. Tapi yg boleh membunuh Jebat hanya satu iaitu keris Taming Sari.

Yang boleh 'bunuh' Umno/Bn sekarang ini hanya Tun M. Kerja2 Tun M agak mudah kerana Tun M yg dulunya bina kekuatan Umno, tapi Umno mengalami luka parah diserang bertubi2 oleh Anwar, namun Umno masih mempunyai nyawa apabila Anwar dipenjarakan. Maka, tugas Tun M adalah menyambung tugas Anwar iaitu tamatkan riwayat Umno.

Umno punyai nyawa di kawasan2 kampung pendalaman dan felda. Nak tengok di mana Umno kuat, cari lah kawasan yg ramai org miskin. Nak tengok wajah siapa penyokong tegar Umno berdarah merah dan biru pekat, carilah Melayu yang berumur 60 tahun ke atas atau saluran satu. Tak semua, tapi memang ramai.

PH tidak perlu banyak nak tarik mereka. Kita mahu tak sampai 5% pun. Maka, senjata terbaik utk tugas ini ada pada Tun M.

Selasa, 9 Januari 2018

SUKA DUKA DAN PENGORBANAN KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN DEMI RAKYAT


Alhamdulillah, baru sampai rumah dari IDCC Shah Alam yg membekalkan satu pengalaman suka dan duka, namun dapat dirasai limpahan taufik dan hidayah dari Allah yg merungkai segala2nya yg terpendam.

Apabila berlaku perbezaan pendapat di kalangan pimpinan dan parti, kita di bawah selalu menyeru agar pimpinan parti berunding dan terus berunding agar satu keputusan bersama dapat dibuat. Bukan sedikit masa yg mereka ambil untuk berunding, ertinya perundingan itu amat serius kerana setiap parti mahukan kesemua ahli parti masing2 puas hati dengan rundingan. Pemimpin2 kita telah lakukan apa yg kita mahu sehingga masa yg mereka ambil untuk buat keputusan terlalu lama dan kita mendesak mereka agar segera tentukan keputusan terbaik yang dipersetujui bersama.

Menjelang Konvensyen semalam, sehari sebelum itu pimpinan kita bercekang mata untuk meneruskan rundingan demi untuk memuaskan hati semaksima mungkin para penyokong masing2. Sudah pasti di dalam setiap rundingan akan ada tawar menawar dan bertolak ansur. Sekiranya rundingan dijalankan di dalam keadaan emosi, kita tidak akan dapat keputusan seperti yg diumumkan petang semalam di IDCC Shah Alam.
 

Dalam rundingan itu, tidak ada satu parti pun dapat semua yg mereka mahu. Tetapi tidak ada satu parti pun hilang kesemuanya. Bagi saya, Keadilan hilang beberapa Kerusi yg kita harap2kan, namun apabila memikirkan ada parti rakan yang turut hilang Kerusi yg mereka idam2kan, bahkan lebih banyak hilang, saya rasa tidak adil untuk saya menyanggah keputusan yg telah dibuat.

Amanah. contohnya terlalu banyak berkorban untuk menjayakan agihan Kerusi yang dibuat. Air mata Timbalan Presiden Amanah, Salehuddin Ayob besar nilainya kepada keputusan bersama yang telah dibuat. Saya dapat merasakan apa yang Salehuddin rasakan apabila berlaku pertembungan di antara memenuhi kehendak ahli dan parti dengan kehendak rakyat. Tidak mudah untuk Amanah menelan semua ini tetapi parti ini parti yang sejak awal penubuhannya berjuang demi rakyat.
 

PPBM, walaupun parti baru yang berada di dalam Pakatan Harapan, parti ini juga berperanan penting terutamanya menarik sokongan orang2 Melayu di luar bandar, di desa dan kawasan2 felda. Umno sinonim di kawasan2 ini sejak merdeka dan di kawasan2 ini lah batu penghalang kita sejak dulu lagi untuk merampas Putrajaya. PPBM adalah parti serpihan Umno yang dipimpin oleh mantan Presiden Umno selama lebih kurang 22 tahun, Tun Dr Mahathir. Sudah selayaknya PPBM meminta untuk lebih tempat sejajar dengan peranan yang dimainkan oleh parti yang digeruni oleh Umno ini. Apakah PPBM dapat semua tempat yang dimintanya? Tidak, PPBM mungkin kecewa tetapi demi rakyat, PPBM menerimanya seperti yang disebut oleh Tun Dr Mahathir di dalam ucapannya petang semalam. PPBM diperuntukan 52 Kerusi Parlimen, lebih satu Kerusi dari Keadilan yang hanya diperuntukan 51 Kerusi Parlimen. Di Semenanjung, Ya, PPBM melebihi satu Kerusi dari Keadilan. Tetapi Keadilan patut berlapang dada kerana kita masih ada Kerusi di Sabah dan Sarawak. PPBM sanggup berkorban mengenepikan kepentingan partinya demi rakyat.

Keadilan, bagi saya parti ini tidak merasai sangat tentang pengagihan Kerusi ini walaupun terdapat beberapa Kerusi Parlimen yang telah kita terokai dengan gerak kerja selama ini terlepas dari tangan. Keadilan lebih merasai begitu perit dan beratnya pengorbanan yang kita lakukan apabila tokoh reformasi kita Anwar Ibrahim gagal kita tabalkan sebagai PM sebaik sahaja InsyaAllah, kita berjaya ke Putrajaya. Hanya kuasa ajaib sahaja yang boleh meletakkan Anwar di Kerusi PM selepas InsyaAllah, kita menang di Putrajya di dalam PRU14 nanti. Hakikatnya, hukum akal menyatakan Anwar tidak boleh jadi PM sertamerta jika Allah izinkan Pakatan Harapan menang di dalam PRU14 nanti.

Anwar sendiri di dalam amanatnya yang dibacakan oleh anak sulungnya Nurul Izzah petang semalam, dengan penuh rendah diri, jujur, ikhlas dan tegas, meminta agar parti Keadilan khususnya dan Pakatan Harapan, amnya, perlulah memegang kepada konsep rundingan dan disiplin mematuhi sebarang keputusan pucuk pimpinan, asalkan agenda reform itu tetap menjadi agenda utama. Anwar tidak mahu mengotorkan nama baik Keadilan sekiranya agenda Keadilan hanya untuk batang tubuh beliau. Anwar tidak mahu mengiyakan kata2 dan propaganda musuh bahawa Keadilan hanya berjuang untuk Anwar semata2. Keadilan untuk semua, itu cogankata keramat parti reformasi ini.

Sekiranya kesemua prinsip dan kehendak reform yang diinginkan oleh tokoh reformasi ini boleh dilakukan, soal siapa yang akan memimpin dan akan mendukung serta melaksanakan prinsip2 itu tidak timbul. Keadilan berkorban besar di dalam menentukan perkara ini apabila Kak Wan, Presiden Keadilan dengan berlapang dada dan menaruh kepercayaan penuh kepada mantan bos Anwar sendiri, Tun Dr Mahathir untuk diamanahkan sebagai pemimpin pembawa agenda reform ini.

Amat tepat sekali apabila Tun Dr Mahathir di dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar dan Kak Wan yang telah berkorban untuk kali yang ke entah berapa demi rakyat. Tun Dr Mahathir sedar, seandainya Anwar mementingkan dirinya, seandainya Kak Wan mementingkan partinya sendiri, maka pada detik dan saat ini sudah pasti kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah sesama kita di dalam Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir bukan meminta untuk dijadikan PM. Tun Dr Mahathir dipilih oleh semua pimpinan di dalam Pakatan Harapan sebagai pembuka jalan dan terowong kepada pembebasan Anwar Ibrahim.

Berilah peluang kepada Tun Dr Mahathir untuk menebus kesilapannya. Sejarah akan merakamkan bahawa Tun Dr Mahathir adalah tokoh yang telah menjatuhkan Anwar dan tokoh yang sama akan menarik tangan Anwar untuk bangkit semula.

Terimakasih juga kepada Dap yang konsisten untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Dap juga terkesan dengan keputusan yang dibuat di dalam pengagihan Kerusi. Namun, Dap adalah parti yang sentiasa mempunyai rekod cemerlang di dalam disiplin muafakat.

Ertikata lain, rakyat harus memberi peluang kepada Pakatan Harapan di dalam PRU14 akan datang kerana kami masing2 telah membuktikan pengorbanan kami, mengenepikan kepentingan parti kami demi untuk rakyat. Terbukti, cara Pakatan Harapan berunding, memberi, menerima, menyerah dan bertolak ansur di dalam perundingan terlalu jauh dengan cara Umno/Bn.

Alhamdulillah, Konvensyen Pakatan Harapan telah selesai dijalankan. Persefahaman ditandatangani bersama dalam suasana mesra dan penuh semangat.

Hayatilah pesan Kak Wan semalam, " Bila berbicara, jangan lukai hati kawan di samping menggembirakan musuh kita".

"Terdengar guruh bunyinya kuat,
Bercahayanya bumi dipanahi kilat,
Kurangkan musuh perbanyakkan sahabat,
Bersihkan hati perjuangan berkat."


 
WFAUZDIN NS
Terdapat ralat dalam alat ini