TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Isnin, 11 September 2017

SETELAH GAGAL PAMERKAN ISLAM YANG TERBAIK, MEREKA SALAHKAN DAP

PAS bawa politik zaman 70-an. At Takiri kata, Islam tak selamat di bawah Dap.

Mengarut betul At Takiri. Islam tetap selamat sampai kiamat kerana Islam itu agama yang Allah redho dan pelihara. Jangan cuba tafsir Islam akan hancur kerana Dap.

Islam akan terus dipandang baik dan mulia semuanya atas tanggungjawab umat2 Islam sendiri, bukan parti. Islam takkan selamat di bawah Pas atau mana2 parti politik selagi umat2 Islam tidak mengikut ajaran Islam itu sendiri.

Contohnya, yang luluskan Hudud dalam Dun Kelantan itu adalah dari sokongan Adun2 dalam Dun Kelantan, tanpa seorang pun Adun dari Dap. Mengapa tidak dijalankan hudud di Kelantan? Jawapannya, ini bidangkuasa Kerajaan Pusat. Siapa Kerajaan Pusat? Jawapannya, Dap tidak terlibat samasekali. Umno/Bn adalah kerajaan Pusat.

Gagal Hudud di Kelantan pun mereka salahkan Dap. Maka, dibawa satu lagi usul iaitu RUU Akta 355. Hadi pun melanggar Jkuasa pembentukan usul ini dengan membawanya bersendirian ke Parlimen. Apakah waktu itu Hadi tidak tahu bahawa sebarang usul jika dibawa ke Parlimen, akhirnya kuasa penentu terhadap usul itu adalah Kerajaan juga? Harus diingat Dap bukan kerajaan dan tiada kuasa meluluskan atau menolaknya.

Hadi kata Umno akan bantu. Umno pun kata, parti Melayu itu juga akan bantu. Maka, Jamil Khir seorang Menteri yang jaga agama pun diseret atas pentas sokong RUU Akta 355 di Padang Merbok. Asyraf Dusuki pun hadir. Tegang2 urat Jamil Khir atas pentas Padang Merbok menyerang Dap dan menyokong RUU Akta 355. Bertakbir sekelian walaun di malam itu mendengar Jamil Khir berucap dan sampaikan 'salam' Najib kepada semua yg hadir berbaju Unggu.

Tidak beberapa hari selepas itu, Najib Presiden Umno umumkan Umno tidak akan bawa usul RUU Akta 355. Bola diserahkan kembali kepada Hadi. Di Parlimen, untuk kali ketiga, Hadi bangun dan baca usul serta rengkasan dan huraian tentang RUU Akta 355. Kemudian disambung oleh Takiyuddin dengan panjang lebar.

Sepanjang ucapan Hadi dan Taki, tiada seorang pun wakil dari Dap mahupun dari PH bangun mencelah, jauh sekali membantahnya. Masing2 sibuk mencatatkan apa yg Hadi dan Taki hujahkan agar mereka dapat menggunakan peluang untuk memberi pendapat dan hujah sewaktu perbahasan nanti.

Malangnya, sebelum masuk waktu Asar, terlalu awal lagi setelah Taki selesai beri huraian, Speaker buat keputusan untuk menangguhkan perbahasan pada siri akan datang. Untuk makluman walaun, Speaker itu bukan dari Dap. Bangun beberapa orang wakil dari PH mendesak Speaker untuk adakan perbahasan kerana ini isu penting melibatkan umat2 Islam seperti yang Hadi selalu laung2kan. Cepat bahas, cepat dibuat undian dan cepat diputuskan. Bukankah ini yg Hadi mahukan? Bukankah Islam ajar benda2 yg baik jangan suka ditangguh2kan?

Pelik bin ajaib, sewaktu ramai MP2 dari PH bangun mendesak Speaker untuk bahas segera RUU Akta 355, tiada seorang pun MP dari Pas yang bangun menyuarakan bantahan terhadap Speaker. Bukankah itu usul dari Hadi Presiden mereka sendiri? Mengapa tak membelanya dan anggap pembelaan itu sebagai jihad jika Speaker halau keluar dewan nanti? Sebaliknya yang berlaku, MP2 dari PH pula yang terpaksa berbalah dengan Speaker untuk membahaskan RUU Akta 355 idea dari Hadi itu. MP2 dari Pas angkat punggung dan naikkan banner di lobi Parlimen yang tertera "Hadi Wira Islam" dan bertakbir beramai2.

Apa kata lebai2 ini selepas itu? Biarlah Speaker tangguh pada siri akan datang dan kita bersedia untuk bahas nanti. Apa yang berlaku seterusnya? Tiba sidang Parlimen baru2 ini, usahkan mahu bahas RUU Akta 355, Hadi pun terus tidak hadir ke Parlimen atas alasan uzur. Tapi Hadi hadir pada program Ijtimak Ulamak pada waktu itu.

Ini satu kisah betapa Islam pun tidak selamat di bawah nama Pas. Islam akan terpelihara dan dipandang mulia sekiranya umat2 Islam itu sendiri ada keikhlasan dan jujur di dalam memperjuangkannya tidak kira di atas nama wadah politik mana sekalipun. Islam akan tercemar jika umat2 Islam sendiri bersekongkol dengan kezaliman.

Pas terus salahkan Dap kerana itu sahaja modal yang ada pada mereka untuk mendapatkan undi orang2 Melayu. Mereka telah belajar taktik ini dari Umno. Biarkan mereka berebut2 undi dari orang2 Melayu yang kuno dan jahil kerana kita yakin majoriti orang2 Melayu tidak lagi bodoh dan termakan dengan jualan murah bangsa dan agama.

Rabu, 6 September 2017

WARKAH DARI PENJARA DAN IMEJ KEADILAN


ISU warkah dari penjara telah disalah ertikan oleh pihak2 yg ingin terus bersenggama dengan Pas yg tidak sudi pun untuk bersama kita.

Kalau kita fikir dengan matang dan bijaksana, apakah benar Anwar mahu teruskan rundingan dengan Pas sedangkan dia sedar bahawa masa yg diberi untuk Pas menimbang samada berada di pihak kita (PH) menentang Umno/Bn atau di pihak yg membantu Umno/Bn sudah terlalu lama diberikan samada oleh PH mahupun Keadilan itu sendiri.

Kalau warkah dari penjara itu satu arahan, ya, Keadilan khususnya telah cuba sedaya upaya melaksanakan arahan Anwar. Bahkan, rakan2 di dalam PH sendiri turut mencuba nasib untuk berunding dengan parti para Ulamak itu. Rundingan dengan Pas tidak semudah rundingan di antara Nabi dan puak Musyrikin Quraish Mekah dulu. Lebih sukar berunding dengan Pas yg meletakkan kesemua syarat adalah untuk keuntungan partinya semata2. Jauh berbeza dengan siri rundingan Nabi S.A.W dengan Kaum Musyrikin Mekah yg memperlihatkan di pihak Nabi Muhammad S.A.W lebih bertolak ansur sehingga mendatangkan kerisauan para sahabat dengan sifat Nabi yg terlalu berlembut.

Sifat ini tiada langsung pada Hadi Awang dan gerombolannya. Syarat Pas adalah jika mahu berunding dengan parti 'suci'nya itu, jauhi dari Dap dan Amanah. Semua Kerusi Pas yg telah menang adalah hak Pas dan yg kalah pun hak Pas juga. Pas mesti mengetuai Pakatan yang tanpa Dap dan Amanah. Sebelum berunding, Keadilan mesti 'bertaubat Nasuha' terlebih dahulu. Dan, banyak lagi syarat2 yang dikenakan oleh Pas sepanjang proses pujuk memujuk selama ini yang mana jika mahu disenaraikan sehingga bubar Parlimen pun tidak habis dicatatkan. Itu lah Pas, parti politik matang.

Keadilan lebih awal mencuba nasib memujuk Pas iaitu seawal perundingan meja bulat untuk penubuhan PH lagi. Pas dijemput turut serta perundingan tersebut, namun tiada seorang lebai pun yang hadir kecuali MP Pokok Sena, Mahfuz Omar yang nampaknya amat berminat. Malangnya, Mahfuz waktu itu orang buangan. Kehadirannya tidak membawa apa2 makna kepada Pas. Keadilan tidak berputus asa kerana Anwar begitu mengharapkan parti yang dulunya di bawah Almarhum Us Fadzil Mohd Noor yang banyak berjasa kepada beliau mesti dibawa bersama di dalam Pakatan Pembangkang. Semua tahu, Anwar juga terlalu banyak jasanya kepada Pas yang sebelum ini Pas hanya dikenali di Pantai Timur dan Kedah, selebihnya Pas selalu menguntungkan SPR apabila hilang deposit bertanding di banyak kawasan. Pas mula mencanak naik bermula di era reformasi. Tiada siapa boleh nafikan. Sebelum reformasi, Pas hanya kuat di Kelantan, itu pun di bawah Almarhum Tok Guru Nik Aziz yg sememangnya Murobbi hebat, seorang ahli politik yang amat pintar, tambahan pula waktu itu Pas dibantu oleh Parti Melayu Semangat 46. Pas tidak pernah berkuasa secara bersendirian semenjak parti itu wujud pada tahun 1951.

Usaha Keadilan untuk memujuk Pas berterusan, kemudiannya turut dicuba oleh Parti Amanah. Di Kelantan, Dato' Wan Rahim selaku Pengerusi Amanah Kelantan pernah cuba mengajak Pas untuk bersama di dalam PH. Belum kering air liur Dato' Wan Rahim, dengan angkuh TMB Nik Amar menyatakan Pas sanggup hilang kuasa asalkan tidak bersama Amanah. Lama selepas itu, Husam Musa dipecat dari Pas yang kemudiannya Adun Salor itu menyertai Amanah. Dalam banyak ucapan Husam, seringkali beliau tawarkan perdamaian demi pertahankan Serambi Mekah dari dirampas rejim Umno/Bn yang pernah berjanji untuk membantu Pas melaksanakan Hudud di Kelantan. Semuanya sia-sia bahkan Husam diperlekehkan sehingga melibatkan soal peribadi dan maruah beliau sekeluarga dengan membawa isu "Bai'ah Cerai Talak Tiga" yang didendangkan di pentas2 para olamak bersyarah. Husam tabah bahkan berani sehingga tampil secara mengejut di atas pentas Pas duduk di belakang Exco Agama yang digelar "Sudin Cecopong" untuk menjawab isu Bai'ah tersebut, malangnya tidak diberi peluang untuk menjawab walau sepatah.

Akhirnya Amanah sedar, bahkan Amanah sebenarnya lebih kenal Pas seperti kenalnya Tar Senik dengan Fikah. Kebanyakan pemimpin Amanah telah berpuluh tahun bergelumang di dalam Pas sewaktu Pas tengah dhaif sehinggalah Pas maju jaya dengan berbagai plet kenderaan mewah masing2. Boleh dikatakan mereka kenal dan cam benar bunyi dan bau kentut seorang2 dari pemimpin Pas sekarang ini. Auta dan muslihat mereka di dalam poket Mat Sabu, Husam, Salahuddin Ayub, Dato' Wan Rahim, Dr Hatta dan ramai lagi. Sebab itu Amanah tarik 'hand brake' dan Amanah terus mara ke hadapan tanpa menghiraukan Pas lagi.

Amanah sempat berpesan kepada Keadilan, kamu boleh mencuba memujuk dan berunding dengan Pas, tapi kami lebih kenal lama Pas dari kamu. Bagusnya Amanah, parti yang baru berusia lebih kurang dua tahun itu tidak pula menghalang usaha Keadilan yang tidak henti2 memujuk Pas. Amanah berpegang kepada kaedah dan ajaran Islam, jika kita bermusuh dengan seseorang, jangan kita hasut orang lain agar bermusuh dengan musuh kita. Itu tidak adil. Tidak adil bermakna zalim. Amanah bukan parti yang menyokong kezaliman. Amanah parti "Rahmatan Lil Alamin". Usaha Amanah 'Failed". Kegagalan yang menggembirakan banyak para penyokong parti Mat Sabu itu.

Dap, melalui Kit Siang pernah cuba untuk melupakan sengketa dengan Pas dan bersedia untuk kembali bersama seperti dahulu. Bersuara sahaja Kit Siang, bertambah tegak dada Pas kerana terasa betapa hebatnya parti berlabel Islam mereka itu sehinggakan Kit Siang dikatakan cuba melutut dengan Pas. Maka diungkit berbagai cerita untuk menjadi dalil agar pelawaaan Dap itu tidak diterima. Akhirnya, usaha Dap juga gagal dengan cepat.

Muncul pula parti Tun Mahathir. Mahathir sedar beliau bukan orangnya yang boleh memujuk Pas. PPBM diwakili oleh Presidennya, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir cuba untuk berunding dengan Pas. Hampir2 berjaya perundingan bahkan dikatakan telah pun ada perjanjian atau persefahaman telah dibuat di antara PPBM dengan Pas. Pas waktu itu diwakili oleh Ustaz Tuan Ibrahim dan beberapa pimpinan Pas yang lain. Seperti biasa, jika bukan Hadi yang hadir pertemuan maka jangan dianggap berjaya. Mengejutkan, apabila Pas memberitahu rupa2nya pertemuan dengan PPBM itu hanya jumpa sembang2 saja. Tiada rundingan pun. Waktu itu, mungkin pimpinan Amanah hanya mampu tersenyum kerana mereka telah pesan awal2 bahawa mereka amat mengenali parti lebai itu. Tergencat di situ rundingan di antara PPBM dengan Pas. PPBM terus 'move On' dengan gerak kerja mereka tanpa menghiraukan Pas lagi.

Keadilan masih tidak berputus asa. Amanat Anwar bagi Keadilan wajib ditunaikan. MB Selangor berkorban amat besar apabila terus mengekalkan ketiga2 Exco Pas di Selangor meskipun di dalam Muktamar Pas, dipersetujui oleh Majlis Syura dan AJK Pas Pusat bahawa Pas secara resminya putus Tahalluf Siyasi dengan Keadilan. Alasan syarie Pas adalah Keadilan menolak RUU Akta 355 tolak Hudud, bersekongkol dengan Dap dan Amanah serta Keadilan itu Islam Liberal. Besar sungguh 'dosa' Keadilan di mata Pas. "Fatwa" dari Majlis Syura sewajarnya dipatuhi oleh semua ahli2 Pas kerana Majlis Syura itu bukannya terdiri dari Ustaz2 Bekam atau Ustaz2 Mahir Bertahnik semata2. Kesemua mereka adalah 'Alim Ulamak" pewaris Nabi. Tentulah ada nas dan dalil mereka apabila menghukum Keadilan sedemikian rupa.

Pelik bin ajaib. Ketiga2 Exco Pas di Selangor selamba saja berada di Kerusi Exco atas alasan tunggu Istana pecat. Mereka kata MB Selangor boleh pecat mereka jika mahu, itu pun jika Istana izinkan. Pulak. Ulamak mereka yang buat 'fatwa' mengapa MB Selangor pula yang perlu turuti fatwa tersebut? Bukankah kewajipan ke atas mereka untuk wala' kepada Ulamak mereka sendiri? Berbeza dengan Mat Sabu, apabila di dalam Muktamar Pas putus saja hubungan dengan Dap, tidak sampai 24 jam Mat Sabu umumkan meletakkan jawatan lantikan politiknya di P.Pinang, kerajaan yang ditadbir oleh Guan Eng. Walaupun Mat Sabu bukan ustaz, jauh lagi lah dari Ulamak, namun Mat Sabu ada maruah diri. Duit dan pangkat boleh dicari, tapi maruah diri tiada nilai yang boleh ditukarganti.

Exco2 Pas kekal di Selangor, kata pak lebai adalah kerana menghormati pilihan rakyat Selangor yang mengundi mereka di dalam PRU13 yang lalu. Alasan ini menjadi bahan ketawa orang ramai. Rakyat Selangor mengundi Pas waktu itu atas nama Pakatan Rakyat yang disertai oleh Pas. Rakyat Selangor bukan mengundi mereka untuk jadi Exco. Pakatan Rakyat waktu itu terdiri dari Keadilan, Dap dan Pas. Apabila Pas campak Dap, kemudiannya campak Keadilan, di mana datangnya Pakatan Rakyat? Ertinya, Pakatan Rakyat dah mati. Mengapa sebelum Muktamar buat keputusan buang Dap dan kemudiannya Keadilan, kamu tidak terfikir tentang mandat rakyat mengundi Pakatan Rakyat di Selangor? Mengapa bila berada di kerusi empuk selaku Exco, kamu jual nama mandat rakyat?

Rupa2nya baru kita tahu 'fatwa' Majlis Syura boleh saja dipadamkan apabila ada kepentingan fulus dan jawatan. Siapa tidak sayang gaji dan elaun Exco puluhan ribu sebulan? Siapa mahu tinggalkan jawatan2 di dalam GLC di Selangor serta jawatan2 lain seperti Ahli2 Majlis, Ketua-Ketua Kampong, Pengerusi Masjid dan banyak lagi di Selangor itu? Andainya semua di dalam Ahli Majlis Syura itu diberi jawatan besar di Selangor, mereka pun akan buta mata tidak jumpa nas dan dalil untuk mengharamkan Keadilan. Besarnya pengaruh duniawi.

Keadilan lakukan yang terbaik untuk Pas demi untuk melihat satu gabungan Pembangkang yang bersatu untuk berdepan dengan rejim Kleptokrasi. Malangnya, Pas tetap Pas. Ini bukan zaman Almarhum Us Fadzil Noor atau Tok Guru Nik Aziz. Ini era politik matang bawah Hadi Awang yang menetapkan Pas hanya mahu 4 atau 5 negeri sahaja untuk diperintah, selebihnya jika Umno mahu, serahkan kepada Umno. Pas hanya mahu jadi "King Maker", bak kata Ustaz Tuan Ibrahim. Apalah gunanya jatuhkan Umno/Bn yang sekular itu jika kerajaan baru yang naik nanti (PH) adalah kerajaan Liberal?, kata pimpinan Dewan Ulamak mereka.

Adakah Anwar tahu situasi yang berlaku sekarang? Atau, adakah ada maklumat yang berbeza sampai kepada Anwar? Saya yakin, Anwar yang kita kenali amat pemaaf orangnya tahu apa yang berlaku walaupun berada di dalam jeriji besi di Sg Buloh.

Anwar cuma tidak tergamak untuk menyatakan secara terang agar Keadilan atau PH putus hubungan dengan Pas. Adakah ini bermaksud Anwar mahu Keadilan terus berunding, memujuk atau lebih lagi sehingga melutut kepada Pas? Tidak mungkin Anwar selemah itu.

Apabila Presiden Keadilan yang juga isterinya, Wan Azizah menandatangani persetujuan bersama dengan semua pimpinan PH untuk memutuskan hubungan dengan Pas, ini jelas membawa maksud Anwar merestui tindakan Wan Azizah. Warkah dari penjara secara jelas menyatakan sokongan Anwar terhadap tindakan bijak Wan Azizah. Mustahil Wan Azizah sanggup 'derhaka' dan mengengkari arahan Anwar, suaminya yang juga Ketua Umum Keadilan dan PH. Ertinya, putus hubungan dengan Pas itu di bawah pengetahuan dan persetujuan Anwar, maka sebab itu Wan Azizah tanpa banyak karenah terus menandatangani persetujuan bersama PH.

Sewajarnya tiada sesiapa lagi yang boleh memutarbelitkan isu ini apatah lagi menjual nama Anwar seolah2 Anwar mempunyai keputusan yang berbeza dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Presiden PH. Anwar bukan bersikap seperti Hadi Awang yang sering membelakangi keputusan bersama sewaktu Pas berada di dalam PR dulu. Jangan burukkan nama Anwar atas apa jua agenda peribadi.

PH harus kotakan hasrat Anwar iaitu perkukuhkan PH untuk hadapi PRU14 akan datang. Keadilan wajib berjalan seiring sejalan bersama PH, samada diwaktu susah mahupun senang. Imej Keadilan akan dipandang tinggi jika kita memegang kepada janji yang kita meterai.

SELAMAT MAJU JAYA PAKATAN HARAPAN

Rabu, 30 Ogos 2017

RELEVENKAH LAGI KONGRES KHAS KEADILAN ?

ALHAMDULILLAH.  Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi telah membuat satu keputusan yang bukan sahaja bijak, malah menepati citarasa majoriti rakyat bawahan yang semakin ghairah untuk melihat tumbangnya rejim Umno/Bn di dalam PRU14 nanti.

Kesemua pemimpin utama mewakili keempat-empat parti di dalam Pakatan Harapan menandatangani kenyataan dan penegasan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Pas setelah begitu lama masa diberikan kepada parti berlabel Islam itu untuk memilih samada bersama arus kebangkitan rakyat atau untuk terus 'bertaawun' dengan Umno/Bn. Usaha rundingan dengan Pas sememangnya menjadi hajat Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak awal penubuhan meja bulat membentuk Pakatan Harapan lagi. Secara resminya parti itu dijemput dan secara resminya juga parti itu menolaknya dengan berbagai alasan dan syarat-syarat yang diberikan.

Namun, melalui Keadilan salah sebuah parti di dalam Pakatan Harapan, usaha memujuk Pas berterusan dengan berbagai cara dan kaedah. Di dalam mengharungi suasana itu, Keadilan teruk dikecam oleh marhaen dan juga rakan-rakan sekutu di dalam Pakatan Harapan sendiri, namun demi menunaikan hasrat mulia Anwar, Keadilan tabah menghadapinya. Sebelum kewujudan Amanah lagi, hubungan Keadilan dan Pas semakin dingin. Semakin kencang di dalam mesyuarat-mesyuarat Pas kawasan yang meminta Pas memutuskan "Tahalluf Siyasi" dengan Keadilan. Ulamak-ulamak di dalam Pas sepatutnya tampil menampilkan akhlak "Ulamak" sebenar iaitu menjadi pendamai, malangnya mesyuarat Dewan Ulamak sendiri lebih hebat mencerca Keadilan. Sehingga ke saat beberapa hari menjelang Muktamar Pas yang menyaksikan sekumpulan pimpinan Pas yang mahu mempertahankan Pakatan Rakyat telah tumbang di dalam pemilihan, Keadilan terus memujuk Pas agar sedikit positif paling tidak memikirkan situasi di Selangor sekiranya tiada perdamaian dapat dicari. Wakil Pas Selangor telah membawa masalah ini ke pihak Pas Pusat sewaktu di Muktamar, namun Pas Pusat terus membuat keputusan melalu Muktamar tanpa bahas iaitu terputusnya "Tahalluf Siyasi" dengan Keadilan. Sebelum itu, Dap telah pun menjadi mangsa kerakusan parti pimpinan Hadi Awang itu. Maka, wujudlah Amanah untuk membawa legasi pemikiran Almarhum Tok Guru Nik Aziz bagi menggantikan Pas.

"Tahalluf Siyasi" bererti kerjasama politik. Putus Tahalluf Siyasi bererti putus segala kerjasama politik. Jawatan Exco di dalam sesebuah kerajaan negeri adalah lantikan politik. Lazimnya, MB atau Ketua-Ketua Menteri akan melantik Exco di kalangan Wakil Rakyat yang menyokong dasar politik sesebuah kerajaan. Pelik lagi ajaib, Pas melalui Majlis Syura dan Muktamar mereka 'menghukumkan' putus "Tahalluf Siyasi" dengan Keadilan yang mereka sedar sedang memimpin Negeri Selangor, tiada satu pun arahan dari Pas untuk para Exco mereka meletakkan jawatan sebagai Exco di Selangor demi menjaga maruah Pas. Malahan sebaliknya iaitu Exco-Exco mereka diminta terus kekal, begitu juga dengan lantikan-lantikan politik yang disandang oleh ahli-ahli Pas di Selangor seperti Ahli Majlis dan sebagainya. Ramai yang mempertikaikan maruah Pas ketika itu apabila berdepan dengan jawatan dan kedudukan.

Sekali lagi Keadilan menunjukkan sikap teramat berlembut demi untuk terus mengajak Pas bersama-sama arus perdana bersungguh-sungguh menentang rejim 'kleptokrasi' yang ada di hadapan mata sekarang. Sikap MB Selangor yang tidak memecat atau menyingkirkan Exco-Exco Pas dianggap oleh segelintir penyokong Pas sebagai bukti Keadilan takut kehilangan Pas. Walhal, 'fatwa' putus Tahalluf Siyasi dengan Keadilan dibuat oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas, sewajarnya mereka yang mematuhi keputusan 'fatwa' parti mereka sendiri, mengapa perlu desak dan harapkan MB Selangor dari Keadilan untuk mematuhi fatwa mereka? Mungkin, nawaitu mereka adalah untuk memaksa MB memecat Exco-Exco mereka dan kemudiannya mereka akan menjaja cerita bahawa sememangnya Keadilan ingin menyingkirkan Pas demi mengikut telunjuk Dap. Maka mereka akan mainkan isu perkauman di Selangor dan menuduh kerajaan Selangor kini dikuasai oleh Dap (kaum Cina).

Keadilan terus digasak kiri dan kanan, depan dan belakang, bahkan dari dalaman sendiri apabila terus memelihara kedudukan Exco-Exco dari Pas ini. Saya sendiri amat menentang tindakan luar biasa MB Selangor tersebut kerana ianya amat bertentangan dengan prinsip dan amalan berkerajaan. Paling saya khuatir adalah bahawa Pas akan memperkukuhkan kedudukan dan pengaruh mereka di Selangor melalui lantikan-lantikan politik tersebut dan akhirnya akan menentang Keadilan dan Pakatan Harapan di dalam PRU14 nanti? Akhirnya saya tidak lagi membicarakan isu tersebut apabila diberitahu bahawa langkah yang dibuat oleh MB Selangor itu adalah untuk memujuk Pas dan mengambil hati mereka agar kembali bersama kebangkitan rakyat. Kita tidak mahu dilihat sebagai pihak yang benci kepada penyatuan.

Sehingga begitu sekali Keadilan bertindak untuk membawa Pas menyertai perjuangan bersama melawan Unmo/Bn. Tidak mudah, sukar dan menyedihkan. Terlalu banyak untuk diceritakan betapa terlalu berlembutnya Keadilan dengan Pas walaupun setiap hari kepala-kepala kami diketuk oleh marhaen yang bencikan parti yang menunjukkan simpati kepada Umno/Bn. Semua ini dilakukan kerana Keadilan mahu merealisasikan pesanan Anwar agar 'cubalah pujuk Pas". Di samping pesanan itu, kita jangan lupa satu lagi amanat Anwar iaitu perkukuhkan Pakatan Harapan.

PRU14 semakin hampir dan tanda-tandanya semakin dekat. Pengagihan Kerusi di kalangan parti-parti di dalam Pakatan Harapan sedikit terbantut dan tidak berjalan lancar kerana rundingan dengan Pas masih berjalan. Di dalam masa yang sama, Pas terus mengumumkan satu demi satu kawasan yang mahu dirampasnya termasuk di Permatang Pauh, Kajang bahkan di Gombak sendiri. Di Pahang, kawasan yang diumumkan oleh Pas untuk bertanding adalah di kawasan yang Keadilan menang iaitu di Kuantan dan Indera Mahkota meliputi seluruh Dun di dalamnya termasuk di dalam 30 Kerusi Dun yang lain. Ertinya, Pas telah bersedia serapinya untuk menentang Keadilan dan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan pula masih belum selesai dan lancar di dalam pengagihan Kerusi terutamanya di peringkat Pusat yang melibatkan kawasan Parlimen seluruh negara.

Alhamdulillah, di Pahang, Keadilan dan Pakatan Harapan berjaya menyusun kerjasama dan berunding tentang agihan Kerusi tanpa melibatkan Pas. Kebijaksanaan Pengerusi Pakatan Harapan Pahang yang juga Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abdulrahman yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi di samping sikap terbuka pimpinan-pimpinan dari Amanah, Dap dan PPBM di Pahang amat membanggakan kami.

Menyedari PRU14 semakin hampir dan jentera pilihanraya harus digerakkan segera, isu hubungan dan rundingan dengan Pas perlu dimuktamadkan segera. Tunggu dan lihat tidak akan membantu keberkesanan gerak kerja pilihanraya Pakatan Harapan. Maka, digerakkan usaha untuk mengadakan Kongres Khas Keadilan bagi mencari satu keputusan jelas, jitu dan muktamad tentang hubungan dengan Pas. Kongres Khas ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan Presiden, Timbalan Presiden atau mana-mana pemimpin tetapi untuk menzahirkan suara sebenar akar umbi. Ini bukan suara Rafizi Ramli seorang dan bukan untuk menaikkan tokoh muda yang mungkin (Na'Uzubillah) merengkok di dalam penjara dan tidak akan dicalonkan sebagai Wakil Rakyat atau pimpinan di dalam parti. Suatu kerja yang sia-sia untuk berbuat demikian. Tetapi ini suara akar umbi yang harus didengar dan ianya menepati kaedah di dalam Perlembagaan Parti Keadilan.

Tiada apa yang harus dirisaukan tentang Kongres Khas ini jika ianya berjalan. Seandainya Kongres Khas membuat keputusan setelah dibahas dan diundi oleh perwakilan, maka itulah keputusan parti yang wajib dipatuhi oleh semua. Paling tidak, usul untuk putuskan kerjasama dan rundingan dengan Pas itu dibahas dan diundi. Ertinya, kita lebih demokrasi berbanding dengan Pas yang putuskan hubungan dengan Keadilan di dalam Muktamar mereka tanpa bahas. Itu pun mereka langgar juga seperti di Selangor. Kongres Khas ini medan terbaik untuk parti apabila ada beberapa isu besar yang mendatangkan dilema kepada pimpinan parti. Keadilan ada MPP dan Biro Politik, tetapi tidak semua perkara dapat diselesaikan oleh dua badan ini maka sebab itu di dalam Perlembagaan Parti terdapatnya syarat-syarat dan keperluan Kongres Khas.

Tidak sampai 24 jam Badan Bertindak Harapan Keadilan mengumumkan semalam untuk memohon mengadakan Kongres Khas atas satu maudhuk sahaja iaitu menghentikan kerjasama dan rundingan dengan Pas, Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi di dalam satu mesyuaratnya mengambil keputusan bahawa Pakatan Harapan tidak lagi bekerjasama atau berunding dengan Pas di dalam PRU14 akan datang. Keputusan sebulat suara ini ditandatangani oleh kesemua pimpinan tertinggi mewakili parti-parti di dalam Pakatan Harapan termasuk Presiden Keadilan, Dato' Seri Wan Azizah.

Sewajarnya keputusan ini dihormati oleh semua parti dan pimpinan di dalam Pakatan Harapan. Difahamkan, petang ini Biro Politik Keadilan akan bermesyuarat dan saya penuh yakin kesemua ahli di dalam Biro Politik menghormati keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang turut ditandatangani oleh Presiden mereka sendiri. Usahlah mencetuskan krisis baru kerana para penyokong di bawah telah mulai rasa penat dan jemu dengan kemelut yang tidak kesudahan.

Soalannya, perlukah Kongres Khas Keadilan diteruskan dengan pengumuman resmi dari Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi yang memuktamadkan tiada kerjasama politik dengan Pas ? Jawapannya bagi saya, Kongres Khas ini dituntut kepada Parti Keadilan untuk melaksanakannya, jika Keadilan telah bersetuju dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi, ertinya objektif Kongres Khas telah tecapai dan tiada keperluan dan tidak releven lagi untuk memperkatannya, melainkan jika sebaliknya berlaku.

Rabu, 23 Ogos 2017

RUNDINGAN DENGAN PAS BANYAK BUANG MASA KEADILAN DALAM MASA YANG SAMA PAS DAN UMNO SEMAKIN INTIM

 
 
PRU14 semakin hampir. Ahli-ahli parti di bawah diminta membuat persediaan rapi dengan menggerakkan jentera masing-masing. Kami diberitahu bersedia untuk hadapi pertandingan lebih dari dua penjuru.

Kami juga diminta untuk merapatkan hubungan dan kerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan. Ahli-ahli dikerah untuk menghadiri berbagai kursus yang dianjurkan oleh parti demi menghadapi PRU14.

Kami mahu bertanya, apakah pemimpin di atas juga telah bersedia dengan pertembungan tiga penjuru? Apakah pemimpin di atas juga telah merapatkan saf serta persafahaman di dalam Pakatan Harapan? Apakah kelian juga telah bersedia untuk bekerjasama satu hati satu jiwa bersama-sama di dalam Pakatan Harapan?

Jika jawapannya sudah bersedia untuk itu semua, apa jadahnya lagi untuk membuang masa dengan Pas? Bukankah kita telah terlalu banyak memberikan masa untuk rundingan dijalankan? Apa perkembangannya? Semakin positif atau negatif? Kalau semakin positif, ya, elok diteruskan. Tapi semua dapat melihat lagi banyak rundingan dibuat, lagi banyak pengumuman oleh Pas untuk bertanding di Kerusi-Kerusi Keadilan, bahkan dalam rundingan pun Pas tidak segan silu umumkan untuk merampas Permatang Pauh dari Keadilan.

Sekiranya kita mahu berunding, ianya mesti menampakkan hasil dan kemajuan positif. Kalau semakin kusut bahkan semakin menghuru-harakan di dalam Pakatan Harapan sendiri, elok lah berhenti dari berunding. Biar rakyat tahu bahawa kita telah cuba untuk berpakat, tetapi Pas telah mulai jatuh cinta dengan Umno.

Jangan satu hari nanti bila anjing yang kita cuba lepaskan itu menggigit tangan kita, baru kita teringat kepada kawan-kawan kita yang lain.

Buat baik berpada-pada. Tidak rugi satu sen pun tinggalkan Pas. Kalau kita perkuatkan Pakatan Harapan dan biarkan Pas diternak oleh Umno, yang rugi besar nanti adalah Umno kerana usaha mereka mahu lihat Pakatan Harapan berpecah akan gagal.

Kepada pimpinan Keadilan yang masih percayakan Pas, jika berlaku apa-apa yang tidak baik kepada parti ini, saya berlepas diri. Jangan salahkan ahli-ahli di bawah jika berlaku apa-apa kepada parti.

Sewajarnya dalam waktu yang semakin suntuk ini kita perhebatkan jentera semua parti di dalam Pakatan Harapan bukannya sibuk melayan keegoaan lebai. Biarkan lebai terjun dengan labu-labunya.

 

Selasa, 15 Ogos 2017

ZAHID MD ARIP AKAN BONGKAR DAN LONDEH UMNO DI BERA SABTU INI !!

SUDAH lama kita tidak mendengar suara Zahid Md Arip, mantan Naib Ketua Pemuda Keadilan dahulu diera pimpinan Sdr Ezam.  Beliau kini mengikuti jejak langkah Tun Mahathir untuk turut serta berubah dari menyokong Umno/Bn kepada penghijrahan menentang Umno/Bn bersama Pakatan Harapan.  


Begitu juga dengan Sdr Ezam Mohd Noor yang kini menyokong perjuangan Pakatan Harapan walaupun hasrat beliau untuk mendaftarkan parti barunya dilewat-lewatkan oleh ROS sehingga menyebabkan beliau sendiri keluar dari partinya sendiri.  

Sabtu ini, kita boleh dengarkan nada perubahan Sdr Zahid Md Arip di Bera.  Baru-baru ini beliau telah ditahan dan disoal siasat oleh SPRM kemudiannya dilepaskan atas isu FGV.  Tentu ada perkara-perkara menarik dan panas akan dikongsikan oleh kerabat Tun Ghafar Baba ini.


CERAMAH ISU2 SEMASA DAN ISU2 FELDA - SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI DI SPG KEPAYANG, BERA PADA HARI SABTU INI (19/817) JAM 08.00 MLM

PENCERAMAH UTAMA:

1. YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail - Presiden Pakatan Harapan/Presiden KEADILAN

2. Tuan Hj Muhamad Sabu - Timbalan Presiden Pakatan Harapan/ Presiden AMANAH

3. YB Dato' Mohd Rashid Hasnon - TKM P.Pinang

4. Sdr Zahid Md Arip - MPT PPBM

5. Sdr M. Manogaran - Mewakili DAP

6. Sdr Mazlan Aliman - Pengerusi ANAK/AJK AMANAH Pusat

7. Tan Seri Muhamad Muhd Taib - Bekas MB Selangor

8. YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - Pengerusi KEADILAN Pahang

9. Sdr Zakaria Abdul Hamid - Ketua Keadilan Cabang Bera

Serta pimpinan2 Pakatan Harapan tempatan.

Orang ramai dijemput hadir. Mohon hebahkan.

Rabu, 9 Ogos 2017

ANAK MUDA HARAPAN BARU - ABRAR SADIQ

 Oleh:  Adik Abrar Sadiq, Sg Petani
 
Salam Perjuangan. 
 
Politik Malaysia sekarang sudah sampai ke suhu yang sangat panas sekarang. Walaupun saya sibuk di sekolah menuntut ilmu namun isu isu yang dimainkan di media massa dan media elektronik sentiasa menjadi santapan buat diri. Kelihatan tubuh Tun Dr Mahathir yang boleh saya simpulkan sebagai Tok Det diasak hebat oleh media kerajaan sama seperti pada September 1998 batang tubuh Dato Seri Anwar Ibrahim difitnah secara total sekaligus menyebabkan suasana politik yang agak positif kepada parti pembangkang. 
 
 
Implikasi kepada Pakatan Pembangkang kepada Anwar dahulu sewaktu Almarhum Tuan Guru Fadzil Noor mengetuai Pembangkang sangatlah dalam keadaan terkawal dengan hujah dan sebagainya malangnya kini apabila Tok Det bersama dalam perjuangan pembangkang, ada segelintir pihak yang khabarnya orang kuat Reformasi malah Sosialis yang sangat anti pada Tok Det telah melakukan sesuatu yang mendatangkan satu perpecahan yang tidak membawa keuntungan kepada kita tetapi kepada musuh hakiki iaitu Barisan Nasional. 
 
Bagi saya yang terjebak dalam politik kerana kagumnya saya pada Anwar, kita perlulah berfikir secara rasional dan matang serta menilai kehadiran Tok Det itu sebagai peluang untuk menjadikan "Pembangkang sebagai sebuah kerajaan yang menunggu" ini satu kenyataan. Pengalaman dan kepakaran yang dimiliki Tok Det perlu dimanfaatkan seperti dalam isu percanggahan idea antara pimpinan Pakatan Harapan dan kesukaran menembusi kawasan majoriti Melayu. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sangat berjaya setakat ini menarik minat para pendokong Umno untuk bersama dalam perjuangan menentang kezaliman. Kampung-kampung malah Felda-Felda berjaya diasuh mindanya oleh Tok Det yang keringatnya sudah sampai ke penghujung usia. 
 
Begitulah pengorbanan sang penguasa yang zalim pada waktu dahulu namun keinginan menebus kesalahan pada masa sekarang sangatlah wajar dipuji. Pendedahan soal rasuah dan rahsia BN menjadi satu autoriti kepada Tok Det dan membawa satu malapetaka kepada musuhnya kini situ Barisan Nasional dan kini amat tepatlah terma "Dalam politik tiada yang mustahil" dan "Politik merupakan medan yang membuktikan lawan boleh menjadi kawan" demi satu objektif padu untuk membina semua tanah air tercinta. 
 
Menyentuh Pakatan Harapan(PH) pula, kewibawaan Tok Det terserlah apabila logo atau lambang PH sudah termeterai dan dipersetujui semua pihak sekaligus mampu menjadi liabiliti kepada PH dalam membawa harapan rakyat serta memberi keyakinan kepada pendokong atas pagar yang mengharapkan semua pemain politik ini "walk the talk" dan tidak hanya mudah memberi satu retorik yang sama sekali tidak realistik. Soal tiga kedudukan pemimpin utama PH itu menunjukkan wujud wujud imbangan dalam jawatan utama. Tiada siapa yang mempunyai kuasa veto atau dominan sekaligus menolak fitnah bahawa DAP menjadi sebuah parti yang vokal dalam PH malah AMANAH, PKR dan PPBM turut mempunyai pimpinan yang berada dalam struktur pentadbiran PH itu sendiri. PH bergerak dengan kepemimpinan kolektif dan ingin saya anak muda tegaskan PH bukan milik individu Ia milik rakyat Malaysia jadi tolong abaikan saja cakap cakap bahawa pimpinan PH merupakan badut politik yang berbekalkan air liur tetapi tidak tetap dalam pendirian. Pendirian kita jelas iaitu tumbangkan BN dalam PRU akan datang hatta sesiapa saja yang menghulurkan bantuan, kita perlu terima jangan ego kerana kita punya kelompongan yang besar. 
 
Akhir kalam, masa kian pantas berlalu dan tarikh PRU kian hampir, kini sudah tiba masanya kita tidak memujuk sesiapa untuk bersama kita kerana dek ego mereka kita jadi lupa harapan anak bangsa kita dalam membina semua Malaysia. Mat Sabu, Lim Kit Siang, Tun Dr Mahathir, Dato Seri Anwar Ibrahim hatta Dato Seri Najib malah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mereka semua sudah melebihi usia 50 tahun, mereka hanya berpidato sekadar memenuhi harapan kita dan halwa telinga serta seperti gagak lalu punggur rebah. 
 
Sekarang tugas kita anak muda untuk mula membina negara yang kita cinta ini semula. Berilah PAKATAN HARAPAN peluang. Islam akan tetap memerintah. Melayu akan terus berkuasa. Kita juga mengharapkan sistem kehakiman kita kembali seperti sediakala tanpa ada campur tangan sang penguasa kerana sekarang majoriti keputusan bagai limau masam sebelah dan berlaku ketidakadilan di situ. Ingatlah rakyat Malaysia, di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam oleh itu berilah peluang kepada Pakatan Harapan wahai rakyat Malaysia. Sekian.
 
*  Penulisan ini adalah pandangan dari seorang anak muda yang begitu berfikiran terbuka.  Admin siarkan sepenuhnya penulisan beliau tanpa sebarang edit dilakukan.

Khamis, 3 Ogos 2017

MUSUH-MUSUH ANWAR DULU KINI BERSATU MENENTANG KLPTOKRASI, EZAM SOKONG MAHATHIR-ANWAR

 
Oleh: Mohamad Ezam Mohd Nor

DR Mahathir dan Anwar. Kedua-duanya adalah idola saya. Kedua-duanya juga pernah saya lawan. Mereka adalah dua tokoh politik yang saya kagumi sejak hari pertama saya kenal apa itu politik dan perjuangan.

1987, tahun saya tamat alam persekolahan. Kebetulan, juga tahun pertembungan besar dalam Umno. Team A vs Team B.

Ayahanda saya pada masa itu salah seorang daripada perwakilan Umno yang akan mengundi. Saya aktivis pelajar yang lumrahnya tidak suka Umno tetapi saya pastikan Abah pangkah Team A. Kebetulan hari mengundi yang jatuh pada 24 April juga hari lahir saya. Saya minta pada Abah, itulah 'my birthday wish'. Undi Team A kerana Dr Mahathir dan Anwar Team A.
 

1997, Dr Mahathir dan Anwar mula berseteru. Saya sudah menjadi setiausaha politik Anwar ketika itu. Saya terpaksa memilih antara dua idola. Saya pilih Anwar pada hari beliau tampil ke mahkamah dengan mata lebam pada September 1998. Saya merasakan kewajipan membela Anwar sehingga ketua saya itu bebas.

2007, saya terpaksa membuat satu lagi keputusan yang sukar. Saya terpaksa tinggalkan Anwar pula. Lebih rumit dan sukar berbanding keputusan meninggalkan Dr Mahathir 10 tahun sebelum itu. Ceritanya panjang dan bersiur.

2017, hari ini, kedua-dua idola yang pernah saya lawan dan tinggalkan ini bersatu dan bertaut kembali. Awalnya sukar buat saya untuk menyatakan sikap walaupun mereka idola saya, perjalanan hidup politik saya sukar bersama mereka. Dua kali saya dimasukkan ke penjara semasa melawan Dr Mahathir manakala Anwar pula saya terpaksa berlawan dengannya setelah saya sendiri masuk ke penjara untuk membebaskannya.

Tetapi itu perjalanan politik saya yang tidak penting. Apa yang jauh lebih penting adalah perjalanan negara ini sebagai sebuah bangsa merdeka dan bermaruah. Perjalanan politik saya sukar tetapi apa yang lebih sukar adalah perjalanan hidup negara ini.

Malaysia hari ini dalam keadaan paling sukar sejak merdeka. Rakyat Malaysia terutama rakyat biasa berada di dalam keadaan paling getir.

Justeru, saya bersyukur melihat dua idola dan tokoh besar bangsa ini bersatu demi rakyat dan negara. Kerana itulah yang negara dan rakyat ini perlukan di saat getir ini - pengorbanan dan jiwa besar pemimpin mereka.

Saya lebih bersyukur melihat kenyataan Anwar yang mendokong Dr Mahathir mengepalai misi menjatuhkan rejim rasuah dan kleptokrasi Najib Razak. Anwar membuat keputusan ini dalam keadaan beliau masih di penjara. Saya pernah di penjara, saya faham makna seksa penjara. Semua keputusan adalah sukar, apatah lagi keputusan besar seperti ini.

Faktor Azmin

Kalau Dr Mahathir dan Anwar adalah idola saya di dalam politik, Azmin pula adalah seorang sahabat. Mungkin sahabat yang paling akrab di dalam perjalanan politik saya. Kami berjuang bersama, susah bersama. Ke jalan bersama, ke lokap juga bersama.

Azmin jauh lebih rapat dengan Dr Mahathir dan Anwar berbanding saya. Dan rapatnya hubungan Dr Mahathir dan Anwar semasa mereka perdana menteri dan timbalan perdana menteri, antaranya adalah kerana faktor Azmin selain faktor Dr Mahathir dan Anwar sendiri serta isteri dan keluarga mereka.

Peranan Azmin besar dalam “mengamankan” lorong antara pejabat nombor 1 dan pejabat nombor 2 negara di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu.

Tetapi, apabila mereka bertembung Azmin jugalah yang mengalami kesan paling parah. Walaupun saya dan keluarga derita di saat getir pertembungan itu, tetapi derita Azmin dan keluarganya jauh lebih berat dan mencabar. Tentunya yang paling berat deritanya adalah Anwar dan keluarganya sendiri.

Jadi, apabila Dr Mahathir dan Anwar bertemu kembali selepas pertembungan getir bertahun lamanya itu, saya mencari Azmin walaupun kami juga bertembung sejak 10 tahun yang lalu. Azmin tetap pilihan pertama saya kerana saya yakin selain Dr Mahathir dan Anwar sendiri, Azmin adalah orang yang mempunyai jawapan paling jelas terhadap semua peristiwa itu.

Telahan saya benar. Azmin bukan sahaja tahu malah dialah arkiteknya. Beliau sanggup mengenepikan pengalaman getir sebelum ini demi rakyat dan negara. Malah Azmin mempunyai 'roadmap' yang jelas menuju kemuncak perjuangan reformasi dengan gabungan Dr Mahathir dan Anwar.

Azmin menyakinkan saya. Walaupun saya pernah tidak bersetuju dengannya tetapi saya akui beliau seorang ahli politik yang pintar, berkeupayaan luar biasa di dalam perancangan dan pelaksanaan (planning and execution) serta sabar - satu elemen penting bagi pemimpin di zaman edan hari ini.
Dan dua faktor paling penting dan strategik yang ada pada Azmin ialah

i. Pengalaman puluhan tahun bersama Dr Mahathir dan Anwar yang tidak ada pada pemimpin lain.
ii. Kedudukan beliau hari ini sebagai pemimpin utama parti selepas presiden dan menteri besar kepada sebuah negeri yang gagah dan berjaya.

Game is over for BN but...

Penyatuan Dr Mahathir - Anwar seharusnya menjadi berita paling baik bagi rakyat dan berita paling buruk bagi penghisap darah yang semakin rakus menyamun harta rakyat. "Game over" untuk Najib, Umno and Barisan Nasional (BN). Saya tahu kerana baru lebih setahun lalu saya bersama mereka dalam kedudukan yang amat strategik untuk mengetahui apa yang ada di dalam kem Najib itu sendiri sehingga ke hari ini.

"It's game over for Umno-BN. It's in the hand of the opposition now but it's only the opposition themselves to lose it". Inilah maudu' utama tulisan saya ini. Hati-hati dengan musuh di dalam diri kita sendiri. Perasaan iri sesama pejuang, saling tidak percaya, saling adu domba dan menjatuhkan sesama sendiri. Ini yang akan menggagalkan kita, bukan BN kerana BN sendiri sudah gagal.

Maka, garapkan semua kekuatan yang ada dan buang elemen yang merosakkan. Manfaatkan gabungan Dr Mahathir - Anwar, beri kepercayaan kepada Azmin atas faktor strategik yang beliau miliki pada momen ini dan tentunya elemen lain pada tokoh lain yang semuanya perlu digarap dalam mencapai misi menjatuhkan rejim korup kleptokrasi ini.

Sikap 'humility', tawaduk, tahu diri, perlu dipertahankan dalam diri setiap pejuang di saat kejayaan semakin hampir. 'Humility' adalah perkataan paling kerap daripada Anwar sejak saya kenal beliau.
Di saat ini, perlu diperbanyakkan peringatan ini kerana di saat sokongan dan populariti memuncak, semakin hilang dan pudar 'humility'. Kita menjadi terlalu yakin sehingga perkataan dan tindakan kita menghampiri sikap bongkak, memperlekeh jasa dan peranan orang lain, memasang agenda sendiri yang akhirnya akan merosakkan agenda besar perjuangan.

Ingatlah, sehebat mana pun ledakan sokongan ketika ini, hakikatnya setelah hampir 20 tahun perjuangan reformasi dimulakan, langkahnya belum pernah sampai ke Putrajaya. Pastinya ada langkah yang sumbang sebelum ini. Perhalusi langkah itu dan langkah ke depan dengan jiwa penuh 'humility' bukan dengan rasa gah dan obsesi jawatan dan kedudukan.

Tentunya nukilan amat sederhana daripada saya ini mengundang pelbagai reaksi. Tidak mengapa, saya sudah lali dengan kecaman.

Saya tidak berparti dan tidak mempunai kepentingan politik. Saya hanya mahu melihat perjalanan panjang ini sampai ke destinasinya kali ini.

Negara semakin nazak. Rakyat menderita kepayahan hidup saban hari. Misi ini tidak boleh gagal. Gagal bukan lagi satu pilihan. Demi rakyat dan negara tercinta.

* Mohamad Ezam Mohd Nor adalah bekas tahanan ISA dan OSA 2001 dan 2003.
Sumber: http://detikoffline.blogspot.my/…/mahathir-anwar-dan-faktor…

Khamis, 13 Julai 2017

HISHAMUDDIN CUBA MENAKUTKAN RAKYAT DENGAN PENGGANAS TETAPI BAGAIMANA DENGAN ROMPAKAN HARTA NEGARA ?

KATA Hishamuddin, " Agenda Umno lebih besar berbanding daripada melawan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata agenda utama Umno sebagai parti pemerintah pada masa ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada pengganas.

"Rafizi bukan agenda kita, Wan Azizah, Azmin Ali bukan musuh kita. Agenda Daesh (IS) lagi berat."
(MKini).

Itulah hujah Naib Presiden Umno itu bagi mengajak rakyat untuk terus menyokong Umno/Bn. Menurut beliau lagi, hanya Umno/Bn sahaja yg boleh diharapkan untuk menjaga keselamatan negara kerana kerajaan Umno/Bn ada trek rekod, manakala Pakatan pembangkang tidak boleh diharapkan.

Apa trek rekod terbaik Umno/Bn di dalam soal keselamatan? Isu rampasan senjata di dalam kem tentera dulu? Isu Al-Maunah di Bukit Jenalik sehingga mengorbankan anggota keselamatan? Kecurian injin pesawat TUDM? Radar dibawa lari dari pelabuhan? Kes2 penculikan di perairan Sabah sehingga melibatkan rakyat, pelancung dan anggota keselamatan sendiri? Pencerobohan pengganas di Lahad Datu sehingga berhari2 bertempur dan mengorbankan juga anggota keselamatan? Kemasukan pendatang asing di luar kawalan sehingga memenuhi bandaraya besar seperti KL dan JB? Adakah ini trek rekod terbaik yang dimaksudkan oleh Hishamuddin?

Hishamuddin harus sedar, ancaman yang dialami oleh negara kita sekarang bukannya datang dari pengganas atau pelampau (IS), tetapi oleh perompak harta negara terutamanya oleh MO1 . Hishamuddin seharusnya mencari dan memburu MO1 ini dan jika beliau tidak kenal siapa MO1, beliau boleh bertanya kepada Rahman Dahlan. Tetapi, sekiranya beliau sendiri pun diberi dedak dan dilantik oleh MO1 untuk jadi menteri tugas2 khas, usah sembang banyak tentang keselamatan negara.

Tidak usah berhujah seperti orang bodoh apabila mahu membandingkan Umno/Bn sebagai kerajaan dengan Pakatan pembangkang yang tidak pernah menjadi kerajaan pusat. Membandingkan kelajuan kereta anda dengan orang yang tiada kereta lagi, itu perbuatan bodoh lagi memperbodohkan.

Dulu, Umno kata rakyat harus kekalkan kerajaan Umno/Bn di Selangor kerana trek rekod yang terbaik, kononnya. Begitu juga di P.Pinang mereka kata di bawah pimpinan Gerakan, rakyat hidup baik dan selesa. Tetapi, apabila rakyat di kedua2 negeri tersebut mahu lakukan perubahan, terbukti kedua2 negeri tersebut jauh berbeza hebat dan baiknya dari zaman Umno/Bn.

Maka, jika rakyat mahu tahu beza di antara Umno/Bn memerintah Putrajaya dengan Pakatan Harapan yang memerintah, sila buat pilihan untuk mengangkat PH di dalam PRU14 akan datang. Jika tiada perbezaan atau bertambah teruk, sila jatuhkan kami (PH) di dalam PRU selepasnya.

Isnin, 10 Julai 2017

ISU JOGET DI KELANTAN JADI ISU KERANA PUAK KAMU HANYA TAHU CARI SALAH DI NEGERI ORANG



Isu betina berjoget dikhalayak ramai di serambi mekah;

Jawapan mereka, itu bukan anjuran kerajaan negeri. Ertinya, kalau bukan anjuran kjaan negeri maka majlis yg dilarang dizaman Arwah Tok Guru Nik Aziz dulu boleh dibuatkah?

Jawapan mereka lagi, majlis joget tu tidak dibuat permohonan dan kjaan negeri tak keluarkan kelulusan atau permit. Ertinya, kalau tidak dibuat permohonan, maka majlis itu bebas dilakukan?



Jawapan mereka lagi, kerajaan negeri tidak tahu menahu tentang majlis joget tersebut. Maksudnya, di kampong tersebut tiada ketua kampong, tiada tok penghulu, tiada Imam, bilal atau AJK Masjid, tiada ahli majlis tempatan yg dilantik oleh kjaan negeri. Mungkin majlis tersebut di buat di tengah2 hutan belantara kot.

Jawapan mereka lagi, kjaan negeri akan dakwa mereka sepertimana Kajol dikir barat pernah didakwa. Ertinya, kjaan negeri sengaja biarkan joget itu berlangsung sehingga selesai untuk mendapatkan duit denda. Mana Nahi mungkar?





Jawapan mereka lagi, ohh..itu rumah orang kenduri, dia yang jemput penari2 tu.  Takkan nak kenduri pun kena mohon permit?  Kenapa salahkan kerajaan negeri?  Ada sesiapa pertikai soal kenduri?  Orang tanya isu joget dan hiburan di situ?  Tidakkah ianya melanggar undang2 kerajaan negeri?  Adakah undang2 itu tidak terpakai jika berselindung di sebalik majlis kenduri?  Apa akan jadi akan ada kenduri kahwin disertakan dengan judi laga ayam?

Jawapan mereka lagi, alahhh...kecuh kat Serambi mekah je. Negeri2 lain buat juga, kenapa tak kecuh? Ertinya, Serambi Mekah selepas era Arwah Tok Guru adalah sama dengan negeri2 lain.

Punyalah susah nak mengaku salah.  Lain kali jangan nampak nyamuk di seberang, gajah depan mata jenuh nak cover....

Khamis, 22 Jun 2017

JANGAN MALAS UNTUK BERJUANG !!

Siapakah yg paling merasa nikmat bila berbuka puasa? Sudah tentu orang yg berpuasa. Orang yang tidak berpuasa, mereka tetap makan dan kadangkala nampak lebih lapar dari orang berpuasa, namun tiada rasai kenikmatan buat mereka.

Begitu juga dalam perjuangan politik ini. Apabila kita bekerja tanpa mengira penat lelah dan wang ringgit, saat paling bahagia, nikmat dan kepuasan adalah bila kita berjaya. Ada di antara kita yg tidak berjuang malah tidak ambil tahu pun tentang politik, apabila kita berjaya merampas satu2 negeri dari Umno/Bn, mereka juga menumpang kebahagian dan keselesaan hasil dari perjuangan orang lain. Adakah mereka ini merasa nikmat mengecapi hasil kejayaan dari orang yg telah banyak berkorban untuk mencapai kemenangan tersebut?

Maka, marilah kita sama2 turun berjuang untuk melakukan perubahan agar kita tidak malu nanti apabila dilihat menjadi penumpang di atas perjuangan orang lain.

Sabtu, 17 Jun 2017

TUMPUKAN BEBAS ANWAR BUKAN SIBUK SEDIAKAN KERUSI PM UNTUK ANWAR !!

AKU nak ingatkan pimpinan dan diri sendiri juga, agenda utama kita bukan untuk letak Anwar di Kerusi PM. Agenda utama kita adalah bebaskan Anwar kerana Anwar tidak bersalah dan kebebasan itu lebih berharga dari kedudukan dan jawatan.

Kalau kita meletakkan agenda utama adalah Kerusi PM untuk Anwar, kita akan memilih jalan sukar dan asyik berselisih pendapat dan akhirnya kita lupa Anwar belum dibebaskan.

"BEBAS ANWAR, BEBAS RAKYAT"
"LAWAN TETAP LAWAN"
"REFORMASI"

Isnin, 12 Jun 2017

SEKALI LAGI PARA PENEROKA DIUJI DENGAN DUIT !!

KITA dlm PH selalu ingatkan para Peneroka bahawa Felda semakin tenat, isu FGV semakin kritikal. Tapi, masih ramai warga Felda tidak percaya dan anggap ini semua fitnah Pembangkang walaupun mereka sedar keadaan hidup mereka semakin susah dan hutang bertambah.

Terbaru, apabila Najib sendiri bgtahu FGV mesti selesaikan isu dan skandal terbesar yg dialami oleh FGV, maka erbukti dakwaan kita memang tepat. Para Peneroka dah mula sangsi dgn Najib, Umno/Bn yg selama ini menipu mereka dgn janji2 bulan dan bintang.

Tapi, Najib tahu nak mengubati kesangsian para Peneroka. berkenaan. Maka, diumumkan bonus dan duit raya untuk para Peneroka. Sekali lagi, para peneroka akan diuji maruah mereka. Apakah mereka masih memiliki maruah yg akan dipertahankan demi masa hadapan anak cucu mereka atau tunggu bonus dan duit raya? Kalau ada sedikit kecerdikan, silalah ambil hak kamu iaitu bonus dan duit raya itu, tetapi maruah tetap dipelihara. Tolak Umno/Bn !!

Rabu, 7 Jun 2017

HUJAH UNDI PAS ITU SAMA DENGAN MENGUNDI UMNO

MEMBERI UNDI KEPADA PAS ADALAH MEMBERI UNDI KEPADA UMNO/BN..!!

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Negara perlukan ‘pemandu baru’, PAS sedia ganti BN.

Pas dengan gagasan Budaya Politik Matang Sejahtera mendabik dada kononnya telah bersedia untuk mengganti BN.

Menurutnya, PAS bekerja keras bagi mencapai kemenangan setiap kerusi yang dipertandingkan.

Tuan Ibrahim, dalam pengakuannya sendiri pernah sebut, bahawa realiti politik di Malaysia, tidak ada satu parti yang boleh bersendirian. Umno sahaja tidak boleh memerintah negara. Pas sahaja tidak boleh memerintah, DAP sahaja tidak boleh memerintah...

Hj Hadi akan jadi drebar baru menggantikan Najib

Jadi bagaimana Pas mahu jatuhkan BN dan perintah negara kalau Pas bersendirian dan tidak mahu bersama dengan parti-parti lain yang telah bergabung mahu menumbangkan BN?

Oh! Senanglah itu! Kata Tuan Ibrahim lalu beliau berhujah dengan teori 'minor controls the majority!'

Kata Tuan Ibrahim, " Kalau Pas dapat 20 kerusi Parlimen, Ketika itu kalau kita (Pas) sokong Pakatan Harapan, Pakatan Harapan akan memerintah.

" Kalau kita sokong BN, BN akan memerintah. Kerusi Pas pada ketika itu mahal..."

Teringat akan hujah balas Saifuddin Nasution Ismail yang berkata, parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Katakanlah BN dapat 100 kerusi, Pakatan Harapan juga dapat 100 kerusi dan yang selebihnya dimenangi oleh Pas...

"Pas memusuhi DAP, Pas memusuhi PKR, Pas memusuhi Amanah ... tuan-tuan ingat Pas akan memihak kepada Pakatan Harapan atau BN?" Tanya Saifudin kepada kita semua...

Sudah tentu Pas akan memihak kepada BN dan BN akan terus kekal perintah Malaysia! Orang-orang Pas jangan mimpilah kononnya Hj Hadi akan jadi drebar baru menggantikan Najib!

Yang terkini, Nasruddin Tantawi mengumumkan Pas akan bertanding hingga meningkat 100 kerusi! Sasaran menang Pas tetap istiqamah 40 kerusi.

Bermakna, 60 kerusi lagi tu, Pas memang tahu mereka akan kalah! Tapi mahu bertanding banyak kerusi kerana bertujuan untuk memecahkan undi pembangkang dan memberikan kelebihan kepada BN.

Untuk rekod, pada PRU 13 Pas bertanding 73 kerusi dan hanya menang 21 kerusi saja. Jangan lupa kemenangan 21 kerusi itu pun kerana dibantu oleh Pakatan Rakyat....

Ini bermakna, memberi undi kepada Pas, adalah seperti memberi undi kepada Umno/BN!

Tadbir Urus Kerajaan Islam Pas tidak efisen

Kemudian Tuan Ibrahim kata persoalan-persoalan seperti kebajikan, kebersihan, keselamatan pekerja, pembelaan golongan tertindas, tadbir urus kerajaan, sistem kenegaraan sebagai medan dakwah yang sangat luas.

Tuan Inrahim bercakap seolah-olah rakyat tidak nampak dan menyedari kegagalan urus tadbir kerajaan Pas di Kelantan.

Apabila orang ramai merungut kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan PBT mengenai pengurusan sampah yang tidak dikutip, mereka diherdik dengan kata-kata yang angkuh.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar dengan sombong telah membidas dan mengancam mereka dengan kata-kata berikut :

"Seluas-luas Kota Bharu ni dio napok sapoh. Tidok ko gong eh? Sebesar-besar Kota Bharu sapoh hok dio napok"

"Hok jenis lagu nilah, ada akai tak pakai, mata tak sih tengok barang molek, telinga tak ngerti dengo barang baguih...maka tuhan kata, masuk neraka!
Pas gagal membela malah menindas rakyatnya

Kerajaan Kelantan masih gagal membela kebajikan mangsa-mangsa banjir yang lalu. Ramai yang masih tidak berumah dan tinggal dalam pondok usang dan khemah-khemah.

Kerajaan Pas juga dikatakan menindas kehidupan orang asli dengan membenarkan pembalakan haram menceroboh kawasan-kawasan penempatan mereka.

Husam Musa pernah mendedahkan mngenai tunggakan caruman guru-guru YIK yang berjumlah RM 14.6 juta hingga menimbulkan pelbagai kerumitan kepada pencarum/peminjam dan semakin makin parah kerana tunggakan makin hari makin besar.

Husam juga turut mendedahkan, 61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. Itu belum lagi melibatkan jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi.

Beriya benar Tuan Ibrahim mencadangkan 'kerajaan teknokrat' tetapi kenapa Pas tidak jadikan Kelantan sebagai model kerajaan teknorat? Lantik Exco ugama pun yang tidak cukup kelayakan.

Kerajaan Pas Kelantan mengakui telah melakukan kesilapan dalam perjanjian projek pembangunan Lembah Sireh sehingga menyebabkan tujuh projek yang dijanjikan syarikat pemaju Liziz Standanco Sdn. Bhd. tidak dilaksanakan. Baca di sini > https://m.utusan.com.my/…/lembah-sireh-kerajaan-pas-kelanta…

Terbukti Pas telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan tidak perlu memberikan mandat baru kepada Pas untuk terus mentasbir Kelantan.

Apa yang rakyat Kelantan perlu ingat ialah : Memberi undi kepada Pas, adalah seperti memberi undi kepada Umno/BN! Berilah undi tuan-tuan kepada HARAPAN./C&P

Isnin, 5 Jun 2017

PAS TIADA CITA-CITA KE PUTRAJAYA, MALAH REDHA UMNO TERUS BERKUASA

PJ Pas Pahang umumkan akan bertanding di 30 buah Kerusi Dun di Pahang. Ertinya, kalau Pas menang semua Kerusi Dun di Pahang, maka Pas akan mentadbir Pahang. Berbeza dengan Pas Pusat yg hanya mahu menang 40 Kerusi Parlimen dari 100 Kerusi Parlimen yg mahu ditandinginya. Dengan kata lain, di Putrajaya, Pas memang tidak mahu jadi kerajaan.

Pakatan Harapan Pahang pula akan meletakkan semua calon di semua Kerusi Dun dan Parlimen di Pahang hatta di kawasan Najb di Pekan. Di seluruh Malaysia juga, Pakatan Harapan akan metakkan calon2 mereka. Ertinya, kami serius untuk merampas Pahang dari rejim Umno/Bn begitu juga di Pusat. Pahang kami mahu, Putrajaya pun kami mahu.

Pakatan Harapan telah berusaha untuk menetapkan satu lawan satu dengan Umno/Bn di semua kawasan, namun ada parti yang mahu bergerak sendiri tetapi tidak mahu jadi kerajaan bagi melaksanakan agenda mereka.

Rakyat akhirnya akan faham, pihak manakah yang benar2 serius untuk menukar sistem bobrok dan kleptokrasi yang ada sekarang.

Sabtu, 27 Mei 2017

MAZHAB TENTANG JAWATAN EXCO

Istana dah keluarkan kenyataan untuk menyokong para2 lebai tok duduk di Kerusi Exco lagi atas nasihat MB yg baik hati.

Orang tanya tok, dalam Islam, sekiranya bertembung dua perkara, hukum Islam berupa fatwa Majlis Syura olamak dengan kenyataan Istana, mana satu mahu dipakai?
 

Tok jawab, ada khilaf tentang isu ini tapi khilaf ini hanya sah di Selangor saja. Khilaf atau pendapat pertama, wajib patuhi fatwa olamak kerana mereka pewaris Nabi. Pendapat ini jumhur ulamak.

Khilaf atau pendapat kedua, wajib patuh Istana selagi mana ianya melibatkan jawatan, gaji dan elaun untuk anak bini kita kerana itu juga rezeki yang tidak boleh kita tolak. Pendapat ini ada dalam mazhab Syeikh Al Hadi Al Marangi dalam Kitab
" Bahallol Tahallul Siyasi Al Fulusi" Jilid 8.

Maka, para olamak Exco tok memilih mazhab kedua. Salahkah kita berbeza mazhab?
 
Sumber: Tok Usin UG Ceroi

Jumaat, 26 Mei 2017

JANGAN PELIHARA PARASIT DAN EJEN UMNO DALAM KERAJAAN NEGERI

DULU, Dr Hassan Jati pernah popularkan perkataan "parasit" bila beliau mendakwa dlm Pas ada parasit2 dan mesti dihapuskan.

Waktu itu, aku tak faham apa itu "parasit'. Tetapi bila terjadi dlm kjaan negeri Sgor, baru aku nampak dan faham apa itu "parasit".

Aku bimbang kehebatan Sgor akan dirosakkan oleh tiga ekor parasit ini. Tahukah kita parasit2 itu juga ejen umno dlm kjaan negeri? Bukankah partinya terang2 mahu umno kekal memerintah, dan kita pelihara orang2 ini? Bayangkan kita pelihara parasit dlm mesyuarat kjaan negeri. Tidak masuk akal. Dlm isu ini, aku mengaku tewas dan tak mampu nak pertahan hubungan terlarang serta tidak berprinsip ini.

Selasa, 23 Mei 2017

KONGRES KEADILAN SUDAH TENTU ANGKAT ANWAR, BUKAN KU LI

UTUSAN meloya hari ini melaporkan kononnya PH bermasalah mahu cari siapa PM yg bakal menggantikan "MO1".

Utusan mnjadikan gambar di Kongres Keadilan Nasional di Shah Alam baru2 ini di mana tiga pmimpin parti dari empat parti dlm PH yg mengangkat plakad "Anwar PM ke 7", manakala Tun M tidak memegang plakad kerana sdg merakam video melalui hensetnya, muhyiddin hanya tersenyum sambil menepuk tangan tetapi kedua2 pmimpin Bersatu ini tetap berdiri bersama pimpinan lain.

Adakah Utusan ingat Kongres Keadilan pada hari itu adalah untuk menentukan siapa PM? Seperrimana yg Anwar sendiri pernah sebut bahawa PM sekiranya PH ke Putrajaya akan ditentukan oleh sokongan majoriti di dlm PH dan ahli2 Parlimen. Tun M sendiri apabila ditanya oleh wartawan, beliau juga turut mnyatakan perkara yg sama.

Soal samada Bersatu ada calonnya tersendiri, itu hak parti berkenaan, asalkan apa yg Tun M sebut itu dihormati iaitu PM akan ditentukan oleh PH sendiri. Seandainya pada hari tersebut Tun M atau Muhyiddin pun mengangkat plakad, media pencacai akan main isu pula bahawa Bersatu terpaksa tunduk kpd Keadilan atau Keadilan menunggang rakan2 di dlm PH utk mnyokong Anwar sbg PM. Jelas pada hari tersebut, Keadilan tiada masalah dgn isu tersebut kerana di dalam PH tiada sesiapa boleh memaksa sesiapa agar mengikut apa yg Keadilan mahukan.

Peliknya, mengapa media pencacai tersebut tidak sensasikan gambar Tun M dan Muhyidin serta Mukhriz yg menandatangani kempen Bebaskan Anwar?

Aku tak pelik kalau Bersatu mahu pmimpin mereka menjadi PM, begitu juga jika Amanah mahu Mat Sabu menjadi PM. Aku pelik dulu sewaktu dalam PR, ada pihak dlm PR yg mahu Ku Li (umno) utk jadi PM sekiranya PR ke Putrajaya. Lagi jelas satu tindakan bodoh bila penat2 berjuang, bila menang lantik musuh jadi PM. Itu pelik.

Selasa, 16 Mei 2017

CERAMAH DI SPG PELANGAI MALAM INI - MENJAWAB TUDUHAN PAS


MALAM ini,  Selasa (16/5/17) bertempat di Spg Pelangai, Bentong aku dijemput untuk memberikan ceramah mewakili Keadilan Pahang.  Program anjuran Pakatan Harapan Bentong ini akan diadakan di rumah Cikgu Nab, Kg Spg Pelangai, berhampiran asrama sekolah agama di situ.

Ramai penceramah hebat2 malam ini, maka aku akan ambil sedikit saja masa untuk menjawab segala tuduhan Pas terhadap parti Keadilan yang akhirnya menyebabkan Pas memutuskan hubungan dengan Keadilan.  Selaku ahli parti, menjadi tanggungjawab aku untuk mempertahankan parti dari fitnah puak2 lebai itu.

Ayuh, bersama kita raikan program Pakatan Harapan malam ini.

Rabu, 10 Mei 2017

USAH BERCAKAP SOAL ISLAM JIKA TIDAK MAMPU LAWAN KEZALIMAN REJIM SEKARANG

TERKINI, Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) buat SK1 2017 (1/1/2017-31/3/2017) mula di pamerkan untuk tempoh selama 2 minggu. Akan tetapi salinan RDPT tidak diberikan kpd parti politik kali ini. Mengapa?

SPR telah melakukan satu ketidakadilan. Ertinya, berlaku zalim kpd rakyat selaku pelanggannya. Bagaimana kami mahu menyemak senarai jika tidak dipamerkan?

Pakatan Harapan bukan saja berdepan dengan sistem yg zalim seperti ini, malangnya kita juga terpaksa berdepan dengan puak2 yg berkopiah yg melaungkan "Jangan tumbangkan Umno/Bn nanti kelak naik kerajaan sosialis". Apakah puak2 ini redho dengan kerajaan seperti ini?

Ya, mereka pasti redho kerana mereka tidak berhajat untuk menukar kerajaan, jauh sekali untuk bercita2 menjadi kerajaan. Oleh kerana mereka tiada cita2 itu, mereka peduli apa dengan penipuan SPR yg berlaku di hadapan mata? Pada mereka, biarkan !! Biarkan !!

Sungguh celaka orang yg zalim dan mereka yg bersekongkol dengan kezaliman. Percayalah, mereka pasti akan binasa. Kebathilan tidak akan kekal selama2nya.

Isnin, 8 Mei 2017

PANTUN PANTAN PASCA MUKTAMAR - TOK USIN UG CEROI



Udah lama bebenar rasanya tok tak berpantun pantan. Kat Muktamar baru2 ni tok cadang nak berpantun depan walaunta walaunti, tapi baru tok nak mula pantun, , tiba2 ribut. Maka, mlm ni izinkan tok qadho pantun pantan tok ye...

Maka berkumpul para walaun,
Berkumpul sama para walaunti,
Muktamar guru tok setiap tahun,
Tempat yg halal untuk memaki.


Awal muktamar dewan pemuda,
Dewan muslimat tidak dilupa,
Nik Beduh pertama buka bicara,
Kutuk Dap, Amanah, Pkr macam biasa.

Lagi sedap Dewan Ulamak,
Para lebai berlawan maki,
Sape memaki paling banyak,
Itulah pejuang Islam sejati.

"Jahanam PAN" doa diangkat,
Semangat berdoa sampai terkentut,
Makbul doa begitu cepat,
Sebelah malam dilanda ribut.

MB Kelate berucap amat petah,
Mewakili Majlis Syura dia berhujah,
Biarkan Amno terus perintah,
Biarlah sekular asalkan dapat faedah.

Kemuncak muktamar ucapan guru tok,
Putus hubungan dengan Keadilan,
Para Walaun umpama Belatuk,
Angguk belaka tanda persetujuan.

Sedikit kisah tentang muktamar,
Nanti free tok cerita lagi,
Masuk kisah Pendekar Mustar,
Duduk bersama penyamun di jeti.

Bila Dr Maza memakai topi,
Lebai Sudin cecopong terus perli,
Guru tok pakai topi tudung saji,
Tiada siapa yang berbunyi.

Mlm ini malam jemahat,
Malam berkat bunuh setan,
Tok dah mula rasa penat,
Cukup dulu pantun pantan.

Wassalam.

Sumber: FB Tok Usin UG Ceroi @ Usin  

Khamis, 4 Mei 2017

SIAPA YANG PALING DITAKUTI OLEH NAJIB, PH ATAU PAS?

KALAU aku jadi Najib, aku lebih takut kpd PH, kerana;

PH - Berkeinginan tinggi utk jatuhkan rejim Umno/Bn sehingga mereka berpakat, menolak kepentingan sendiri, melupakan perselisihan lama, dan berusaha sungguh untuk mendaftarkan PH dengan satu logo, dan PH akan bertanding di semua Kerusi Parlimen.

Aku (Najib) tidak takut sekepeng pun kpd Pas, kerana;

Pas - Tidak ada cita2 untuk jatuhkan rejim Umno/Bn, bahkan mengeluarkan 'fatwa' jangan jatuhkan Umno/Bn kerana yg bakal menggantinya nanti adalah Sosialis. Dalilnya, Pas hanya mahu menang di 80 Kerusi Parlimen sahaja yg menjadikan mustahil Pas boleh tubuhkan kerajaan bersendirian. Apabila Pas mustahil boleh jadi kerajaan, maka mustahil Pas boleh buat Hudud yg Umno/Bn amat takut sekali.

Oleh kerana takutnya Najib kpd PH, pelik apanya tiap2 mlm media kawalan mereka buruk2kan PH dan memuji melambung Pas? Rakyat yg bijak boleh memikir ini semua, kecuali Walaun.

Selasa, 2 Mei 2017

PUTUS HUBUNGAN KAMI SETUJU, TAPI JANGAN BERBOHONG

UNTUK menyatukan semua bukan mudah, makan masa berpuluh tahun. Hendak memusnahkan cukup mudah, cukup dengan Muktamar, maki hamun lebih kurang dan cari alasan walaupun tak masuk akal. Putus hubungan dgn Dap buat dlm Muktamar tanpa bahas. Kali ini, putus hubungan dgn Keadilan juga dalam Muktamar tapi masih tertakluk kepada Majlis Syura.

Aku mengikuti ucapan perwakilan dalam muktamar terutamanya dari Dewan Ulamak kerana lazimnya Dewan Ulamak ini boleh dipercayai dan takkan berbohong. Malangnya, kesemuanya bohong dan hipokrit belaka. Aku cuba ulas betapa hipokritnya ulamak Pas dalam dewan ulamak;

Kata perwakilan mewakili Ulamak, sebab2 perlu Putus Tahalluf dengan Keadilan adalah kerana :

1.PKR terlibat sokong PAN di 2 PRK Sg Besar & K.Kangsar.

Pas tahu, di dalam PH ada 3 parti waktu itu, iaitu Keadilan, Amanah dan Dap. Apabila berlaku PRK di Sg Besar dan K. Kangsar, PH tentulah akan bermesyuarat untuk menentukan parti mana yg akan mewakili PH menentang Umno/Bn di dua kawasan berkenaan. Sewaktu wujud PR dulu pun, itulah caranya kita berbincang. Malangnya, di dalam PH, Pas sendiri tidak mahu terlibat di dalam gabungan ini maka tentulah Pas tidak terlibat di dlm perbincangan menentukan parti yg bertanding.

Namun, PH masih terbuka terhadap Pas. Kita cadangkan untuk lebih adil dan menentukan satu lawan satu dengan Umno/Bn di dua kawasan berkenaan, ada cadangan agar di bahagi dua di antara Amanah dan Pas. Itu cara tolak ansur PH. Malangnya, Pas ego dan mendabik dada bahawa kedua2 Kerusi tersebut adalah Kerusi tradisi Pas maka Pas mesti bertanding di kedua2 kawasan berkenaan. Ertinya, Pas sengaja mahu adakan 3 penjuru di kedua2 kawasan tersebut dgn cara mengelakkan rundingan dengan baik.

Maka, dibuat tuduhan bahawa Keadilan menyokong Amanah di kedua2 kawasan tersebut bererti Keadilan khianat Pas. Apakah kerana kamu ada masalah dengan Amanah, maka Keadilan mesti juga khianat kepada rakan kami di dalam PH, iaitu Amanah? Kamu yang bergaduh, kami mesti juga bergaduh dengan musuh kamu? Itu bukan cara Islam.

2.PKR gagal beri sokongan pd pindaan RUU355,di lihat cenderung menentang sprti DAP.
Pertamanya, apa yang Hadi bawa masuk dalam Parlimen itu? Semua kita tahu bahawa Hadi bawa masuk itu adalah USUL untuk meminda Akta 355 melalui Usul Persendirian. Menjadi kelaziman, setiap usul akan dibahas terlebih dahulu. Selagi tidak dibahas, jauh sekali dari diundi sokong atau tidak, mana ukuran Pas bahawa Keadilan mahupun PH menolak USUL Hadi?

Buktinya, kesemua MP mewakili Keadilan, Amanah dan Dap telah bersedia untuk membahaskan usul tersebut. Apakah pada fikiran Ulamak Pas setiap perkara yang melibatkan agama tidak boleh dibahas dan jika dubahas dianggap menolaknya? Jelas, dakwaan Ulamak Pas itu adalah satu pembohongan jika tidak pun satu kejahilan tentang prosedur di Parlimen.

3.Kenyataan celupar pemimpin2 Keadilan terhadap PAS.
Siapa pemimpin Keadilan yg bercakap celupar kepada Pas itu? Anwar Ibrahim? Kak Wan ? Pernahkah Anwar memburukkan Pas atau Hadi? Pernahkah Kak Wan memburukkan Pas atau Hadi? Apa yang kita dengar sebaliknya, Hadi pernah burukkan Kak Wan dengan menyatakan Kak Wan tidak layak menjadi MB Selangor. Hadi juga pernah burukkan Keadilan apabila membuat fitnah besar dengan menuduh calon Keadilan mengedar pil kuda dan berfahaman Komunis semata2 Pas ingin bertanding di beberapa Kerusi yang Keadilan akan bertanding. Sampai sekarang Hadi tidak pernah buktikan tuduhan beliau itu. Oleh kerana Hadi tidak sebut nama, maka beliau menang kes saman yg dibuat oleh salah seorang bekas calon Keadilan di Terengganu. Dalam keputusan Hakim, jelas memang ada unsur fitnah oleh Hadi tetapi beliau terselamat kerana tidak sebut nama siapa pengedar pil kuda itu. Apakah Islam membenarkan membuat fitnah dengan syarat tidak menyebut nama orang yang kita tuduh?

Kalau ucapan dari lain2 pimpinan Keadilan yang menghentam Pas diambil kira, maka adakah pimpinan2 Pas tidak pernah menghentam Keadilan? Siapa yang mahu menjiratkan Kak Wan jika Kak Wan tidak menyokong RUU Akta 355? Orang yg sama juga pernah fitnah Kerajaan P.Pinang kononnya di P.Pinang azan tidak dibenarkan.

Paling lucu, seorang Wakil dari Pasir Mas yg menyokong usul dari Dewan Ulamak ini berkata, Keadilan juga telah melanggar perjanjian Pakatan Rakyat untuk pertandingan Satu lawan satu di PRK Sg Besar dan K.Kangsar. Ketinggalan agaknya lebai Pasir Mas ini. Tidakkah beliau sedar sewaktu PRK Sg Besar dan K.Kangsar berlaku, Pakatan Rakyat telah pun berkubur? Bila masanya ada perjanjian waktu itu?

Aduhaii...macamlah parti lebai ini tidak pernah langgar perjanjian sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat.

Kesimpulannya, ini semua alasan Pas untuk menghalalkan kerjasama parti tersebut dengan Umno. Cuma kita ternanti2, pada muktamar akan datang dengan siapa pula parti ini akan bermusuh? Kalau tidak bermusuh, tidak seronok untuk bermuktamar.

#Pray4ributmuktamar

Rabu, 19 April 2017

UMNO ADA AHMAD MASLAN, PAS ADA NIK AMAR !!

Seronok juga kadang2 dok ulas kata2 Nik Amar. Boleh terhibur kita dibuatnya.

Nik Amar kata, Umno kini demam sebab Umno berpecah, dan lahirnya Bersatu.

Dap lagi teruk, kata Nik Amar. Dap hilang 4 Wakil Rakyat baru2 ni iaitu 3 Adun di Melaka dan seorang MP. Dap dah kena denggi berdarah, kata Nik Amar.

Keadilan pula, asyik bergaduh kat dapor. Rafizi dedahkan skandal Us Nasa iaitu ahli Pas kerana nak jatuhkan Azmin. Ada puak dlm Keadilan, kata Nik Amar lagi.

Ditanya pula tentang Pas. Apa jawab Nik Amar? Pas ok. Pas dah tak demam dah. Hahahaha......

Nik Amar kata Umno demam sebab wujudnya Bersatu. Nik Amar tak tengok jubah di punggung dia koyak ke? Amanah wujud tu dari parti mana yg berpecah? Bersatu wujud dari Umno. Amanah? Dari Dap ke, lebai? Ertinya, Umno dan Pas sama je lah, lebai woiii....hahaha...

Pastu, Nik Amar kata, Dap hilang 4 Wakil Rakyat yg keluar parti. Maka, Dap kena denggi berdarah, kata Nik Amar. Kalau hilang 4 Wakil Rakyat sudah kena denggi berdarah, Pas pula hilang berapa Wakil Rakyat yg masuk Amanah? Cuba kira wahai Nik Amar. Banyak Dap yg hilang ke atau banyak Pas yg hilang Wakil Rakyat? Kalau 4 Wakil Rakyat yg hilang dianggap kena denggi berdarah, Pas yg hilang lebih banyak dari itu nak kata penyakit apa pulak ye? Hahaha....

Dia pun sentuh Keadilan. Keadilan ada puak, katanya. Tapi aku nak tanya Nik Amar, parti mana sekarang yg wujud kerana Keadilan berpecah dan berpuak? Ada ke? Sekarang ni hanya ada dua parti baru yg wujud hasil dari berpecah iaitu Bersatu wujud kerana berpecah dlm Umno dan Amanah wujud kerana berpecah dlm Pas. Itu saja. Dap kekal. Keadilan masih kekal.

Tapi, Nik Amar masih dok perasan parti dia yg terbaik. Jubah dia tak koyak, katanya. Mu tengok jubah di depan memang la tak nampak. Pergi cermin dulu kat punggung mu tu, lebai. Hahaha...

Jumaat, 7 April 2017

JAWAPAN KEPADA PJ PAS PAHANG DAN MOKHTAR SENIK

TAK baik ustaz2 berbohong. Skrg zaman IT, bkn boleh tipu. Atau, mmg kedua2 ustaz ni tak menonton sidang ptg tadi kot?

Bgaimana kita nak tuduh org lain menentang sdgkan nak bahas pun tak boleh, apatah lagi mengundi sokong atau tidak? 
 

Sepatutnya wakil Pas yg paling lantang mmbantah kputusan Speaker menangguhkan perbahasan kerana ianya akan melambat2kan penguatkuasaan RUU tersebut. Mengapa semua wakil Pas membisu bila Speaker menangguhkan perbahasan sdgkan RUU yg lain seblm ini dibahaskan sampai ke awal 3 pagi? Mngapa bila masuk RUU Akta 355 ianya menjadi tak serius atau tak penting? Kenapa wakil2 Pas tak bersama wakil2 dari PH menuntut Speaker teruskan dgn perbahasan? Cepat bahas, cepat selesai dan semakin dekat utk dilaksanakan. Itu pun kalau kjaan tak kencing lagi.

Terbukti lebai2 ni tak tau apa2. Yg mereka tahu tuduh org lain atas kelemahan mereka. Sbb itu kita bertambah yakin mmg RUU ini hanya modal politik semata2. Tak bersungguh dan serius. Harap kedua2 ustaz ini tonton balik sidang parlimen ptg tadi dan lihat sendiri siapa yg bersungguh2 mahu bahas.

Jika benar nak suruh pengundi2 tolak, pas patut tunjuk contoh dulu. Pas wajib tolak dari bkerjasama dgn Dap dan Pkr dlm kjaan Sgor terlebih dahulu. Jgn hipokrit !

Kedua2 ustaz ini lupa bahawa Umno adalah juara drama ini dan Pas jadi mangsa buli mereka.  Benarlah kata2 pemimpin Bn, apa yg berlaku petang semalam memang telah dirancang.  Mudahnya lebai makan umpan !!

Selasa, 4 April 2017

TEMPOH 2 HARI SIDANG PARLIMEN - SEMOGA HADI TIDAK UZUR

ADA lebih kurang 3 hari lagi Sidang Parlimen. Bgaimana nasib usul pindaan RUU Akta 355?

Dulu, ditangguh dua kali atas kehendak takdir. Berhimpun di Padang Merbok, lebai kata sejuta hadir. Jamil Khir, Menteri agama dan Timbalannya pun hadir untuk sampaikan 'Salam" Najib kat semua yg hadir. Bertempik "Takbir" mereka semua, Waktu tu hujan, Jamil Khir kata 'hujan rahmat' sebagai pertanda syariat Islam ini disokong oleh kerajaan.

Sebelum itu, dalam Perhimpunan Agong Umno, Najib berucap dengan muka waraknya berkata, Umno dan Pas kini saling bersama untuk merealisasikan pindaan RUU Akta 355. Jamil Khir kat belakang bukan main kuat tepuk tangan.

Kemudian, Zahid Hamidi menambahkan keceriaan para lebai yg mempercayai partinya itu ikhlas apabila mengumumkan pindaan RUU Akta 355 tersebut akan diambil alih oleh Umno. Sepantas kilat disambut oleh Takiyuddin, SUA Pas dengan menyatakan 'Memang wajar Umno ambil alih". Ertinya, dia akui isu ini hanya akan berjaya jika kerajaan sendiri setuju dan bawa. Benda ni dah lama kawan2 dlm PR dulu beritahu.

Bn pun bermesyuarat. Dap tak ada dalam mesyuarat Bn dan tidak pun dijemput. Hadi pun tak dijemput walaupun dia mendakwa dia 'Penasihat". Di sini baru kita tahu 'siapa' penasihat Umno sebenarnya. Hadi tak laku pun, dan tiada nilai pun di sisi Umno.

Selepas mesyuarat, selamba je Najib beritahu Bn buat keputusan sebulat suara bahawa Pindaan RUU Akta 355 itu diserahkan kepada Marang, yakni Hadi. Maksudnya, tak jadi kerajaan nak bawa. Maksudnya, "Aku kencing hang sebelum ini".

Apa pun, kita harus terima apa yg berlaku, Memang kita simpati apabila bekas kawan kita ni kena kencing dan ditipu. Tapi prinsip "Biar ditipu, asalkan tidak menipu" adalah pegangan mereka, kita nak buat macam mana? Lagipun, ditipu berkali2 tidak berdosa katanya, cuma mungkin bodo je lah.

Kesimpulannya, kita harap dalam tempuh tiga hari ini, jangan ada mana2 pihak yg mandai2 jemput Hadi untuk men"tahnik'kan budak baru lahir. Kasi dulu peluang untuk Hadi hadir di Parlimen untuk baca apa yg dia nak bawa. Kita juga berdoa agar Hadi dijauhkan dari penyakit 'tangguh'. Walaupun kita tahu, biar berbuih sekalipun Hadi baca, kalau kerajaan tak minat langsung, ianya umpama mencandat sotong dalam perigi buta.

Sabtu, 1 April 2017

RUU AKTA 355 - BERHIMPUN LAGI DI PARLIMEN?


PARLIMEN masih berbaki dua tiga hari lagi. Belum terlambat untuk Pas pujuk dan rayu Umno agar bawa pindaan RUU Akta 355 ini. Jika perlu, minggu depan bawa seramai mungkin budak2 tahfiz ke Parlimen, bawa plakad dan buat solat hajat di depan Parlimen agar pemimpin2 Umno insaf dan sedar bahawa tak baik asyik mungkir janji dan menipu sesama Muslim.

Jamil Khir dan Asyraf Wajdi Dusuki orang kuat agama dari Umno telah diusung ke Padang Merbok. Mengapa sampai hati di hadapan sejuta yg berhimpun di Padang Merbok kedua2 pemimpin ini menipu? Tidak cukup dengan itu, TPM pun ikut sama tumpang menipu. Akhrnya Najib ikut cakap MCA dan beberapa komponen yg lain. Azalina tomboi yg cadangkan agar Hadi bawa pindaan itu pun terus membisu sekarang. Najib bukan ikut cakap Dap pun, tapi Dap yg kena maki oleh lebai.

Meskipun Nik Beduh cakap, kena tipu lebih baik dari menipu, tapi aku rasa tak baik amalkan selalu prinsip tu. Aku harap Pas serius kali ini dan wajib tekan Umno bukannya menjiratkan sesiapa yg tidak ada kuasa.

Jumaat, 31 Mac 2017

MASA UNTUK HADI MASIH ADA

Tinggal beberapa hari lagi sesi Parlimen.  Masa untuk Hadi memujuk Najib agar kerajaan bentang pindaan Akta 355 masih ada.

Jika Hadi enggan gunakan waktu yang singkat ini, lebih baik Hadi letak jawatan kerana mencemarkan imej Pas.

Khamis, 30 Mac 2017

Hari ini saya berada di Tropicana

Hari ini agak meletihkan, memikirkan RUU355

Selasa, 28 Mac 2017

AZMIN NAIK JADI MB SGOR KERANA LEBAI ? MAHU TIPU WALAUN BOLEH LAH !!

GENG2 lebai ungkit sbb marah kat Azmin. Mereka kata kerana lebai lah maka Azmin jadi MB Sgor. Nak tipu walaun, boleh la.

Faktanya, Lebai sendiri calonkan dua nama dlm mesyuarat AJK pusat, iaitu nama Kak Wan (Presiden sendiri yg calon) dan satu lagi nama Azmin. 
 
Azmin, pilihan KEADILAN setelah Istana tolak Kak Wan

Dua nama itu dibawa ke dlm Mesyuarat Majlis Presiden PR. Dlm mesyuarat itu, Keadilan bawa nama Kak Wan. Dap juga bawa nama Kak Wan. Puak lebai bawa dua nama iaitu Kak Wan dan Azmin. Tapi, Azmin menarik diri kerana menghormati pencalonan nama Presiden Keadilan, Kak Wan. Maka, yang tinggal hanya nama Kak Wan. Mat Sabu mewakili puak lebai akhirnya bersetuju dgn keputusan bersama, apatah lagi Azmin sendiri menarik diri.

Keputusan Majlis Presiden PR itu diumumkan iaitu PR setuju Kak Wan sebagai calon MB Selangor, Keesokannya, Hadi bgtahu Kak Wan tak layak jadi MB Selangor, sedangkan beliau sendiri yg letak nama Kak Wan sebagai salah satu calon. Pelik tak?
 
Kak Wan - Namanya Hadi yang calon, tapi Hadi kata tidak layak?

Maka, kemelut berterusan. Cubaan untuk menarik Azmin agar bersama Umno untuk meletakkan beliau sebagai MB Sgor ditolak oleh Azmin. Sebelum itu, Zuhdi jentik2 buat teori jika lebai bersama Umno dan Azmin boleh tarik seorang dua lagi dlm Keadilan utk bersama lebai, maka mereka boleh perintah Sgor serta boleh jentik gereja di Sgor, Teori dlm grup wassap ini kantoi. Maka, terbongkarlah rahsia pakatan jahat ini.

Alhamdulillah, Azmin setia dgn Keadilan dan PR. Azmin menolak usaha jahat berkenaan. Apabila Azmin menolak usaha jahat lebai ini, maka lebai pun buat pencalonan baru kpd Istana dan nama Azmin tiada tersenarai kerana marah pada Azmin sebab tidak mahu 'mengawan' sama Umno. Lebai letak 3 nama termasuk dari calon lebai sendiri sedangkan sebelum itu mereka sendiri putuskan Kerusi MB Sgor adalah Kerusi Keadilan. Mengapa letak juga nama calon lebai? Tidak semua lebai ni jujur bila berjanji.

Apabila nama Kak Wan dibawa ke Istana, akhirnya pihak Istana menolak dan mahu calon lain. Anwar tidak mahu meneruskan konfrantasi dgn Istana dan mahu hubungan dgn Istana terus baik, maka Keadilan membuat keputusan untuk menggantikan nama Kak Wan sebagai calon MB. Siapa lagi yg layak gantikan Presiden sbg calon? Tentulah Timbalan Presiden. Maka, Keadilan sebulat suara meletakkan Azmin sebagai calon MB. Nama Azmin akhirnya dipersetujui oleh PR. Andainya lebai mahu juga nama lain selain Azmin, pastinya gagal kerana tidak cukup sokongan dlm Dun Sgor. Tambah pula dua lagi Adun lebai melompat menyokong Kak Wan dari awal seterusnya menyokong pengganti Kak Wan.

Maka, tidak perlulah ungkit bahawa Azmin naik jadi MB Sgor adalah keranai sokongan lebai sedangkan senarai akhir nama Azmin tiada dlm pencalonan lebai ke pihak Istana. Dap yg bukan dipimpin oleh ulamak itu pun tidak ungkit mengungkit. Dap juga sebulat suara bersetuju dgn Azmin menggantikan Kak Wan.

Lebai marah bila Azmin buat tweet membalas kenyataan lebai muda yg tewas di Pengkalan Chepa. Cakap kat orang boleh, kena kat diri sendiri tak boleh terima. Itulah lebai !!

Isnin, 20 Mac 2017

TIDAK PELIK PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN KEADILAN, TAPI PELIK JIKA PAS PUTUS DENGAN UMNO

PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN KEADILAN PERMATANG PAUH, TIDAK PELIK LANGSUNG !!

AKU merujuk berita, Pas Kawasan Permatang Pauh secara rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan Pas kawasan berkenaan. YDPnya, Omar Hassan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menghormati Pas apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang menyerang Pas.

Sedikit pun aku tidak pelik dan tidak terperanjat pun dengan kenyataan Pas Permatang Pauh tersebut. Mereka hanya mahu cari alasan untuk putuskan hubungan dan mereka telah pun mulakan kerja ini bukan baru. Lihat saja sewaktu PRK Permatang Pauh. Apa "fatwa" mereka? Apa ugutan mereka kepada Kak Wan? Mengapa mereka berdemo disaat kempen PRK Permatang Pauh?

Mereka berdemo kononnya untuk Hudud. Ugut Kak Wan sokong hudud jika mahu Keadilan menang di Permatang Pauh. Kita bertanya, mana hudud itu sekarang? Kamu sendiri pun mati langkah dalam isu hudud dan hanya bercakap tentang Pindaan RUU Akta 355 yg bukan hudud, itu pun belum tentu dibentangkan dalam Parlimen setelah Hadi tangguhkan beberapa kali. Akhirnya Umno akan bawa. Ugut Keadilan dengan hudud, tapi hudud entah ke mana.

Sewaktu PRK Permatang Pauh, pimpinan Pas yang datang membantu Kak Wan waktu itu adalah majoritinya telah sertai Amanah sekarang yg diketuai oleh Mat Sabu. Pemuda Pas pula di bawah Yusni Mat Piah yang pernah hilang deposit bertanding di Dun Sg Acheh dalam PRU13 yang lalu dalam pertandingan 3 penjuru bersama Chegu Bard. mereka hanya buat kacau dan menghasut ahli2 Pas agar tidak keluar mengundi di PRK Permatang Pauh.

Begitu sekali usaha Pas Permatang Pauh untuk mempastikan Kak Wan tewas. Alhamdulillah, niat busuk dan khianat itu gagal. Kak Wan menang dengan bergaya. Tidak cukup dengan itu, di dalam isu RUU Akta 355, ada seorang kononnya ustaz Pas di dalam kuliahnya memberi amaran kepada Kak Wan agar tidak menolak pindaan RUU Akta 355 jika tidak mahu masuk jirat. Mudahnya mengkafirkan orang? Mana RUU itu sekarang? Sudah bahas atau belum? Mengkafirkan sudah, RUU belum bentang pun lagi. 
 

Kalau sampai tahap itu kerja khianat Pas di Permatang Pauh, pelik apanya ada usul sedemikian rupa? Paling afdhal dan jantan jika usulkan sekali Pas putuskan hubungan dengan Keadilan di seluruh negara termasuk di Selangor. Ada berani? Bukankah di Selangor Keadilan juga bekerjasama dengan Dap dan Amanah? Mengapa 'fatwa' di P.Pinang atau Permatang Pauh tidak sama di Selangor? Kitab lain2 atau 'selera dedak' lain2.? 
 

Hujah mereka bahawa Keadilan bersama Dap dan Amanah selalu menghentam Pas, maka wajarlah putus hubungan. Pas tidak pernah hentam Keadilan kah? Kafirkan Kak Wan pun kamu dah buat, demo pun kamu dah buat, sabotaj dalam PRK Permatang Pauh pun kamu dah buat. Apa lagi yg kamu tak buat?

Atas prinsip demokrasi, Keadilan seharusnya menghormati kehendak Pas Permatang Pauh itu. Itu hak mereka untuk buat keputusan dan rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang mahu cari musuh. Kita hanya perlu teruskan perjuangan kita.

Aku cadangkan agar Pas Permatang Pauh buat demo depan Pejabat Agung Pas Pusat agar mendesak Presiden Pas putuskan hubungan dengan Keadilan di semua negeri. Jika di Permatang Pauh boleh berdemo ugut Kak Wan, takkan tidak boleh berdemo di pejabat parti sendiri? Baru nampak serius sikit.

Selasa, 14 Mac 2017

DARI UMNO IA DATANG, KEPADA UMNO DIA PERGI

HANCUR SUDAH LEGASI TEGAR MENENTANG UMNO

Terbaru, ucapan Hadi Awang di Alur Limbat, Terengganu. Apabila secara berterus terang dan terbuka Hadi menyatakan bahawa politik matang Pas adalah hanya untuk perintah Kelantan, Tganu, Kedah dan Selangor saja, manakala lain2 negeri biarlah Umno/Bn perintah atas alasan Pas tidak cukup kekuatan untuk sapu semua.

PH berkali2 tawarkan kerjasama dengan Pas kerana kita faham memang Pas tidak cukup kekuatan sepertimana alasan Hadi itu. Namun, Hadi meletakkan syarat berbagai2 seolah2 parti2 di dalam PH lebih teruk, dahsyat dan zalim dari Umno. Maka jelaslah bahawa Pas di bawah Hadi restu dan redha Umno/Bn terus menjadi kerajaan. Rupa2nya, beliau hanya menanti saat ketiadaan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz untuk beliau laksanakan cita2nya.


Tambah Hadi lagi, Umno pun sudah selesa dengan Pas. Maka, bagi Hadi wajarlah Umno terus memerintah demi Melayu Islam. Kalau ditanya kpd ahli2 dan para penyokong di bawah, pasti mereka akan kata tindakan Hadi itu adalah bijak, tepat dan benar kerana telah dipandu oleh "Solat Istikhorah".

Aku ingin bertanya khabar Ustaz Tuan Ibrahim. Terasa juga ingin bertanya khabar PJ Pas Pahang, Ustaz Rosli Jabar yg aku kenali dulu amat tegar anti Umno nya sehingga dibuat buku yg hampir keseluruhannya menceritakan betapa zalimnya Umno. Buku itu beliau hadiah kpd aku agar aku kenali Umno dan mahu aku tahu mengapa beliau melawan Umno. Sekarang aku dah kenal Umno. Bagaimana pula dengan Ustaz? Aku harap Ustaz Rosli tidak lupa apa yg beliau tulis di dalam bukunya.

Benar, Pas tidak ber'UG' dengan Umno. Umno pun tidak harap Pas ber"UG" dengan parti keris telanjang tersebut. Umno sedar mereka sudah hilang sokongan dari parti2 komponennya seperti MCA, Gerakan dan MIC. Parti2 komponen di Sabah pun menunggu saat untuk dibenamkan oleh Parti Warisan di bawah Shafie Apdal. Siapa lagi yg boleh Umno harapkan waktu parti itu mahu tengelam? Tentulah Pas kerana Umno punyai pengalaman luas di dalam mempermainkan Pas. Arwah Tok Guru Nik Aziz sedar ini dan beliau sering pesan kpd pemimpin2 Pas tentang 'kelecekan' Umno. Beliau pernah berkata, selagi beliau hidup tiada 'kerjasama politik' dengan Umno.

Apakah dengan sengaja membenarkan Umno memerintah di beberapa negeri lain yg lebih banyak dari yg Pas mahu perintah, adakah itu bukan 'kerjasama politik'?.

Sekali lagi kita harus faham, Umno tidak perlu kepada "UG". Umno cuma mahu Pas 'lindungi'nya dari hilang kuasa. Dan, cita2 Umno kini menampakkan hasil yg positif.

Takziah kpd Pas. Dari Umno dia datang, kepada Umno dia kembali.
Terdapat ralat dalam alat ini